Peraduan Semasa

MPPD: Peraduan Port Dickson Wefie

By Mrs Aiyra - Selasa, 27 Disember 2016 No Comments
MPPD (Majlis Perbandaran Port Dickson) membawakan anda peraduan Port Dickson Wefie.

[PERADUAN TAMAT PADA: 15.1 2017]

Hadiah menarik sehingga RM3500 menjadi taruhan. Sebelum kita ke peraduan mudah ini, jom kita tengok hadiah-hadiahnya:-

Hadiah:
  • Tempat Pertama: RM1500, sijil penghargaan dan plak
  • Tempat Kedua: RM1000, sijil penghargaan dan plak
  • Tempat Ketiga: RM 500, sijil penghargaan dan plak
  • Pemenang Tagline Terbaik: RM500.00
Pertandingan bermula 15 Disember 2016 hingga 15 Januari 2017. Lokasi pelancongan utama akan disenaraikan sebagai destinasi “wefie”. Tentunya anda perlu wefie di lokasi terpilih untuk berpeluang memenangi hadiah lumayan.

Bagaimana nak sertai?
1. Peserta perlu bergambar “wefie” (bersama rakan - rakan melebihi seorang) di lokasi wajib dengan aksi dan gaya yang paling kreatif dan menarik.Lokasi berikut adalah:-
  • Pusat Ikan Hiasan Port Dickson
  • Kompleks Sejarah Pengkalan Kempas Port Dickson
  • Muzium dan Kota Lukut
  • Muzium Tentera Darat Port Dickson
  • Pantai Cahaya Negeri , dan

2. Satu lokasi menarik yang jarang diketahui umum (tidak popular lagi) seperti kawasan pelancongan, tempat bersejarah atau destinasi menarik lainnya. Hantar dan post 2 gambar ke dalam wall FB sendiri secara Public.

Aktifkan hashtag #portdicksonwefie setiap kali anda post ke wall FB anda.. Tulis di ruang komen ini..SAYA SERTAI supaya pihak urus setia boleh melihat post anda di wall fb sendiri bagi menilai jumlah likers tertinggi.

Syarat Pertandingan
1. Pertandingan terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia kecuali pihak urusetia pertandingan;

2. Penyertaan adalah PERCUMA;

3. Gambar Kreatif “Wefie” dan Tagline Menarik yang dihantar mestilah yang asli dan belum pernah digunakan untuk sebarang pertandingan dan penerbitan serta dimuatnaik di antara 15 Disember 2016 sehingga 15 Januari 2017; Wefie adalah mengambil gambar beramai - ramai, manakala selfie ( swafoto ) adalah mengambil gambar secara berseorangan. Peserta yang mengambil gambar secara selfie ( swafoto ) secara automatik akan terbatal penyertaan pertandingan. 

4. Suntingan atau ubahsuai seperti pengubahan brightness, cropping, softening dan sharpening terhadap hasil kerja menggunakan aplikasi instagram adalah dibenarkan. Teknik cantuman gambar (collage technique), super impose, trick photographs, dan gambar dimanupulasi adalah tidak dibenarkan;

5. Peserta bebas menggunakan sebarang jenis iPhone/iPad atau sebarang peralatan yang
menggunakan sistem ANDROID;

6. Setiap hasil kerja perlu mempunyai maklumat seperti berikut:-
  • Nama peserta
  • Lokasi gambar
  • Hashtag - #portdicksonwefie
Tagline : menggunakan bahasa kebangsaan atau dwi bahasa (Bahasa Inggeris sahaja)

7. Pemenang-pemenang akan diumumkan pada bulan Februari 2017 semasa Sambutan Majlis Perbandaran Port Dickson Ke – 15 (*tertakluk kepada perubahan)

8. Kos penyertaan pertandingan ini ditanggung sendiri;

9. Setiap penyertaan perlu memasukkan tagline menarik dan kreatif sebagai satu tarikan orang ramai untuk datang ke Port Dickson.

10. Segala bahan dokumen bergambar dan tagline yang terpilih adalah menjadi hak MPPD dan pihak MPPD berhak menggunapakai gambar dan tagline tersebut untuk tujuan promosi dan komersial.

11. Urus setia pertandingan tidak layak menyertai pertandingan ini.

Sebelum nak sertai...
1. Peserta perlu LIKE Page Facebook My Port Dickson
2. Penyertaan perlu memasukkan gambar “wefie” sekurang –kurangnya 2 orang dan ke atas.
3. Penyertaan peserta juga mestilah SHARE gambar pertandingan di wall facebook peserta secara “Public”, tekan hashtag #portdicksonwefie
4. Tarikh tutup penyertaan 15 Januari 2016, jam 12.00 tengah malam.
5. Gambar-gambar wefie dan tagline terbaik akan ditayangkan kepada umum.
6. Keputusan panel hakim adalah muktamad.

No Comment to " MPPD: Peraduan Port Dickson Wefie "