Peraduan Semasa

Latest Posts

Julie's: Peraduan Holiday Indulgence Contest (Jawapan di dalam)

- Jumaat, 18 September 2015 No Comments

Tempoh: 15 Ogos - 31 Oktober

Bagaimana nak sertai?

Sertai dengan 4 langkah:-

Langkah 1:     
Beli Peanut Butter Sandwich atau Cheese Sandwich Julie's

Langkah 2:     
Potong barcode dari pembungkusnya (rujuk kepada “List of product barcode”)

Langkah 3:    
Jawab /  tandakan satu (1) soalan mudah (jawapan: Oren) dan lekatkan barcodepada borang peraduan.

Langkah 4:     
Lekatkan setem dan poskan di alamat:

Peraduan Julie’s “Holiday Indulgence”
P.O. Box 4, Sungai Buloh, 47001 Selangor. 


Hadiahnya?

Hadiah utama x 1
Baucar percutian bernilai RM10, 000 ke Boracay, Filipina untuk 4 orang

Tempat pertama x 1
Baucar percutian bernilai RM 6,000 ke Bali, Indonesia untuk 4 orang

Tempat ke 2 x 1
Baucar percutian bernilai RM 4,000 ke Langkawi, Malaysia untuk 4 orang

Hadiah istimewa
Beg Kembara beroda bernilai RM 200.00.

Bagaimana nak dapat borang penyertaan?
Klik ke fb pagenya, dan klik pautan  "click here" yang berwarna hijau :)

p/s: Sedap ke chef cantik masa?

Senang ke nak menang? Peraduan ini jika diteliti pada Terma dan syarat, ia memerlukan banyak penyertaan untuk lebih peluang. Pada hemat admin, jika anda suka melancong, apa salahnya mencuba.

Tapi jangan mencuba dengan hanya menghantar 5 ke 10 penyertaan, ingat ya-ada golongan peserta yang suka sertai peraduan dengan soalan mudah macam ini.

Alang-alang nak menang, anda boleh tingkatkan penyertaan anda dengan melabur sedikit, hantar lebih dari RM100 untuk menjamin peluang untuk menang sekurang-kurangnya ber kembara bernilai RM200.

Kimberly Clark: Peraduan1 Malaysia 2015 Contest (Jawapan di dalam)

- Khamis, 3 September 2015 No Comments

Durasi: 1.8.2015 - 31.9.2015

Admin suka ciri-ciri peraduan ini. Ciri-ciri mudah menang ada di sini. Borang peraduan ini tidak boleh diperoleh dengan mudah di link URL mereka. Anda hanya menemuinya di kedai yang menjual produk Kimberly Clark, seperti di pasaraya.

Benar, link borang memang disediakan namun pautannya diletak dan dihebahkan dengan cara tersendiri oleh penganjur.

Mungkin penganjur sedang rancak mempromosi secara bertahap.

Hadiah LUMAYAN:


1 x Sistem teater rumah bernilai RM10K
3 x Laptop bernilai RM4K
3 x Smartphone bernilai RM2700
10 x Baucar membeli belah bernilai RM100

Bagaimana nak sertai?
1. Beli minimum RM10 and ke atas produk Kimberly-Clark seperti Huggies, Poise, Kleenex, Scott, Kotex. (klik untuk senarai produk )

2. Jawab 2 soalan Mudah: (JAWAPAN: Padankan gambar dengan nama bangunan: menara berkembar petronas, Menara Kuala Lumpur & Bangunan Sulatan Abdul Samad | 2. Tuliskan produk Kimberly Clark kegemaran anda)

3. Wajib: dapatkan borang atau download di sini: https://www.huggies.com.my/media/267521/kcfair_2015_contestform-10-faol2.pdf

4.Hantarkan borang yang lengkap dengan resit bukti pembelian ke:-

Kimberly-Clark Trading (M) Sdn. Bhd.
2nd Floor, Tower 2, Wisma AmFIRST,
Jalan SS7/15, (Jln Stadium), Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya, Selangor.

P/s: Dalam peraduan ini, penganjur ingin mengetahui produk mereka yang anda ingati. Dengan maklumat ini, mereka dapat mengatur strategi pemasaran mereka.

Sekarang hanya tertakluk kepada jumlah penyertaan yang terbanyak. jangan lupa baca terma & syaratnya, untuk meluaskan peluang anda menang!

Hadiah yang ditawarkan penganjur tidak spesifik kepada jenama tertentu. Boleh jadi hadiah hanya akan disediakan selepas mengetahui pemenang. Dapat diperhatikan, penganjur tidak peduli kepada peserta yang cenderung kepada satu-satu jenama, kerana jika mereka serius menganjurkan-mereka akan letak hadiah dari jenama terkenal untuk menarik banyak penyertaan. Ada kemungkinan pihak lain (3rd party) menguruskan perjalanan peraduan.

Pengendali peraduan menumpukan kepada penyertaan offline. ini kerana borang penyertaan tidak didokumentasi dalam storan yang teliti dalam web mereka.

NTPM: Peraduan NTPM Send & Win Contest (Jawapan ada di dalam)

- Jumaat, 28 Ogos 2015 No Comments

Durasi: 1 .8. 2015 - 31.9.2015.

Inilah antara peraduan yang admin cari. Kita akan lihat banyak sebab kenapa anda perlu sertainya. Sebab paling utama adalah promosi dan capaian sumber yang terhad.

NTPM (Nibong Tebal Paper Mill) adalah pengeluar produk seperti tisu, lampin pakai buang dan produk berteraskan pulpa pokok (bahan utama pemprosessan kertas)

Promosi: Ia kelihatan masih kurang jika dibandingkan dengan peraduan yang lain, yang lebih kencang promosinya.

Capaian sumber: cuba anda layari webnya, anda perlu meneroka dan membaca peraduannya, dan kebanyakan peserta yang suka-suka tidak menyukai 'kesusahan' ini.

Hadiah:
1 x Toyota Camry Hybrid,
5 x  baucar pelancangan bernilai RM15,000 & RM5,000 tunai,
100 x iPhone 6,
& 250 tunai bernilai RM1,000

100 x iphone untuk dimenangi!!!<- besar peluang anda..,

Camry Hibrid x 1 untuk pelanggan bertuah NUTP (andalah pelanggan itu- anda ada bukti pembelian NUTP kan?)

Bagaimana nak sertai?
  1. Beli produk NTPM bernilai RM20 dan ke atas.rujuk produk NUTP di sini
  2. wajib: Download borang di http://www.ntpm.com.my/download/40thContestForm.pdf
  3. Tandakan ✔  pada 2 soalan mudah (Jawapan: 1.Diapex  | 2. True )
  4. Sertakan bukti pembelian dan poskan
     
Iphone tu, mudah-mudah saja jika anda hantar penyertaan, nama anda akan terpilih...jika penyertaan masih tidak ramai, lebih besar peluang anda!

Mudah bukan? Cepat sertai! tambahan pula, peserta peraduan yang biasa-biasa akan berasa leceh dan susah untuk mengepos penyertaan mereka.Ini menambahkan peluang anda untuk menang!

Acer: Peraduan Why Not Win A Mazda Contest

- Khamis, 6 Ogos 2015 No Comments


Durasi: 15 Julai 2015 – 31 September 2015

Hadiah:
  • UTAMA: Mazda 3 2.0 Bernilai RM109,341
  • Kedua: Full HD TV 55" branded (RM 4500)
  • Ke-3: Go-Pro Hero 4 (RM1800)
  • Ke-4: Acer iconia Tab 8 (RM529)

Bagaimana nak sertai?


1. Beli Produk Acer di bawah siri Aspire. COntoh model yang layak adalah Switch 10, Switch 10E dan Switch 12. Ada 5 siri dan model lain lagi yang melayakkan penyertaan anda.

2. Klik sini (atau copy&paste : https://www.facebook.com/AcerMalaysia/app_1612909182330228?ref=page_internal) untuk ke soalan cari perkataan mereka. Cari perkataan Acer, Why Not & Intel

3. Isi borang dan hantar penyertaan atau; poskan jawapan ke alamat:-
Why Not Win A Mazda Program Centre
c/o Apostrophe Marketing Communication Sdn Bhd
36-1, Jln PJU8/ 5B, Bandar Damansara Perdana,
47820 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan,
Malaysia. 

Jawab soalan dengan betul semasa menerima maklumbalas dari penganjur, dan sediakan semua bukti pembelian semasa menebus hadiah anda.


https://www.facebook.com/AcerMalaysia/app_1612909182330228?ref=page_internal.

Pemenang peraduan Like, Tag dan Creative Slogan Qasehijabkids.

- Jumaat, 17 Julai 2015 No Comments

Rujuk peraduan disini.

Peraduan berkenaan telah melabuhkan tirai. pemenang juga telah diketahui. Bagi menyemak senarai pemenang, anda boleh rujuk di laman page mereka.

Kami akan cuba dapatkan apakah yang mendorong mereka sebagai pemenang kepada penganjur kelak. Kami akan dokumentasikan sebagai panduan kita menang hadiah di peraduan sebegini kelak.

Antabax: Pertandingan Tepukan Kesihatan Kebangsaan 2015 (CLAP For Health 2015)

- Khamis, 28 Mei 2015 No Comments

Antabax rangkaian produk penjagaan diri antibakteria yang dipercayai dan inovatif, sekali lagi memperkenalkan inovasi dalam mendidik dan memberi kesedaran mengenai kebersihan dengan memperkenalkan satu inisiatif kesedaran dan pendidikan dengan Pertandingan CLAP 2015/ Tepukan Kesihatan.

Pertandingan ini bertujuan menggalakkan peserta mendalami teori dan amalan kebersihan diri melalui irama, pergerakan dan penghafalan tujuh langkah mencuci tangan. Kajian mendapati sesuatu perbuatan perlu dilakukan berulang kali untuk menjadi tabiat. 

Pertandingan CLAP membantu membina Muscle Memory, melalui perbuatan yang berulang kali mengikut irama.

Hadiah-Hadiah Menarik Menanti Anda!

Pemenang hadiah utama untuk setiap kategori akan menerima:-
3) 1x hadiah utama wang tunai bernilai RM5,000 berserta hamper produk Antabax dan sijil penyertaan
4) 1x tempat ke-2 wang tunai bernilai RM2,000 berserta hamper produk Antabax dan sijil penyertaan
5) 1x tempat ke-3 wang tunai bernilai RM1,000 berserta hamper produk Antabax dan sijil penyertaan

Jumlah hadiah tunai keseluruhan pertandingan bernilai  RM32,000 !!

Terma dan Syarat
1) Pertandingan ini dibuka kepada penduduk Malaysia,berumur 7 tahun (kategori sekolah) dan keatas, kecuali staff Lam Soon Edible Oils Sdn Bhd dan agensi berkaitan termasuk ahli keluarga terdekat.

2) Pertandingan bermula Mei 7, 2015 hingga Julai 31, 2015. Penyertaan yang diterima selepas tarikh penutupan adalah tidak layak. Talian undian akan dibuka sehingga seminggu selepas tarikh penyertaan berakhir iaitu Ogos 7, 2015 

Anda nak menang pertandingan ini? Penting: Klu dari penganjur
Penganjur dengan jelas dan bermurah hati menyatakan klu mereka. Disini dikongsikan klunya:-

Penting! Sila Baca
6) Sekiranya dua peserta mengemukakan video yang sama (identical), pihak penganjur akan menyiasat dan sekiranya tidak dapat dipastikan siapa pemilik asal karya, penyertaan kedua-dua peserta akan dibatalkan.

7) Dilarang menggunakan sebarang instrumen muzik seperti piano, guitar, keyboard atau music minus-1. Bunyi hanya boleh dihasilkan menggunakan tangan, kaki, suara, atau objek lain seperti botol Antabax, cawan dan lain-lain selain alat muzik konvensional. Peserta dikehendaki menggunakan perkusi (Percussion) di dalam video yang dihasilkan. 

8) Penyertaan boleh dilakukan secara individu atau berkumpulan dan tiada had maksimum jumlah peserta didalam satu kumpulan.

9) Peserta perlu melakukan pergerakan, memakai pakaian, dan lagu yang sopan. 

10) Video tidak mempunyai sebarang visual, muzik atau lirik yang dilarang, perkataan kesat, lucah atau tidak sesuai yang boleh menyentuh isu-isu sensitif yang boleh menggangu keharmonian masyarakat, agama, kaum, negara, jantina (i.e sexist).

Baik klu dah kami tahu, sekarang...

Bagaimana untuk Menyertai
11) Untuk menyertai pertandingan ini, peserta perlu ‘LIKE’ Laman Facebook Antabax.
12) Peserta perlu menghasilkan video sepanjang seminit (1 minit).  30 saat pertama peserta Wajib menggunakan lagu Tema Gosok-gosok Antabax dan  30 saat kedua, peserta boleh memilih sebarang lagu pilihan dan memuat naik video tersebut ke laman Facebook Antabax (https://www.facebook.com/NewAntabax)

(Pssstttt....penganjur kongsi tip menang lagi!)

--> Maklumat mengenai Video pertandingan

13) Persembahan yang dihasilkan hendaklah mengikut irama lagu Tema Gosok-gosok Antabax (30saat) dan satu lagi lagu yang dipilih (30 saat). 

14) Video hendaklah didalam format MP4 bersaiz tidak lebih dari 25mb dan wajah peserta hendaklah kelihatan di dalam video tersebut.

Untuk maklumat lanjut boleh layari ke: https://www.facebook.com/NewAntabax

F&N: Peraduan Farmhouse-Young at heart Contest

- Rabu, 22 April 2015 No Comments

Tempoh:  1 April - 30 Jun 2015

Hadiah:
Hadiah bulanan: 15 x baucar BP Healthcare bernilai RM200

Bagaimana nak sertai?

Beli susu FARMHOUSE® Omega dapatkan resit pembelian sebagai POP.
Setiap POP mewakili 1 penyertaan (1 borang)
Anadainya dalam resit menunjukkan 3 susu FARMHOUSE anda beli, bermakna anda latak hantar 3 x borang penyertaan.

Lengkapkan maklumat peribadi, jawab 1 soalan dan hantar penyertaan anda dengan pos.
Setiap penyertaan yang memenuhi syarat, akan mendapat 1 x nombor siri.
    
Penghantaran melalui pos boleh dibuat melalui:-

  • 'Drop Box'
'Drop Box' peraduan yang dibuka semasa FARMHOUSE® Omega 'sampling roadshow' (lawati www.fndairies.com untuk jadual roadshow dan anda juga layak dapat 1 x penyertaan percuma jika hantar melalui 'drop box' ini.

Jika anda hantar 3 penyertaan di Drop box ini, anda layak mendapat 3 lagi penyertaan percuma, menjadikan jumlah penyertaan adalah 6 (3+3)
        
  • Pos biasa ke alamat:-
Farmhouse: Young at Heart Contest
P.O. Box 3031, 47509 Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan.

Download borang di sini :-http://www.fndairies.com/farmhouse2015/Farmhouse-contest-form.pdf
Terma & Syarat di sini:- http://www.fndairies.com/farmhouse2015/Farmhouse-rules.pdf

Nestle: Peraduan Drumstick Extravaganza Contest

- Rabu, 1 April 2015 No Comments


Durasi: 16 March 2015 – 26 April 2015

Hadiah:

  • Tier 2:

Hadiah Utama  (x 1) :10 hari trip ke mana sahaja! (RM 20,000)
Hadiah mingguan (x18): 3 pemenang seminggu) : GoPro Hero4 atau iPad Air 2

  • Tier 1:
Hadiah harian  (x 1050) : (25 pemenang setiap hari) : RM30 nilai panggilan pra-bayar


Bagaimana nak sertai?

1. Beli NestlĂ© DRUMSTICK® Ice Cream.
2. Periksa POP (Proof of purchase) di atas tudung ais krim.    
    SMS ke 36300 menggunakan format berikut :-

DRUMSTICK<space>POPCode<space>MyKad
 
Untuk Tier 1,
Hantar (1) POP Code dan sertakan NestlĂ© DRUMSTICK® Lid (tudung ais krim) sebagai bukti untuk tebus hadiahharian.
        Hantar:  DRUMSTICK<space>POPCode<space>MyKad to 36300
        
Untuk Tier 2,
Hantar (3) POP Code dan sertakan NestlĂ© DRUMSTICK® Lid (tudung ais krim) sebagai bukti untuk tebus hadiahharian.
        Hantar: DRUMSTICK<space>POPCode<space>POPCode<space>POPCode<space>MyKad to 36300

Jawab soalan dengan betul semasa menerima maklumbalas dari penganjur, dan sediakan semua bukti tudung ais krim semasa menebus hadiah anda.

Pastinya soalan yang ditanya oleh mereka adalah berkaitan dengan Drumstick, jadi pastikan anda ambil tahu tentangnya dan baca T&C peraduan, bagi memenangi hadiah menarik yang lain!

Lawati web peraduan Drumstick Extravaganza untuk infomasi lanjut.

Petronas: Peraduan Moto Idaman Contest

- Khamis, 19 Februari 2015 No Comments

Tempoh: 1 .1.2015 - 30.3.2015

Petronas kini hadir dengan peraduan lumayan 2015. Ia untuk tempoh suku tahun 2015 ini. Peluang kemenangan semakin besar kerana terdapat lebih 200++ hadiah anda menangi!

Hadiah:
228 hadiah untuk dimenangi:-
a. Hadiah Utama: 2 unit X Motorsikal Yamaha XJ6
b. Hadiah Pertama: 6 unit X Motorsikal Yamaha Lagenda 115ZR
c. Hadiah Kedua: 20 unit X iPad Mini 16GB Edisi Wi-Fi
d. Hadiah Ketiga: 200 unit x Barangan Eksklusif PETRONAS

Bagaimana nak sertai?
1. Beli mana-mana PETRONAS Syntium Moto atau PETRONAS Sprinta produk yang terpilih semasa Tempoh Peraduan. Pelekat akan diberikan atas setiap pembelian yang layak.

2. Gores pelekat untuk mendedahkan Nombor Kod unik (No. Kod).

3. Hantar SMS ke nombor yang diberikan pada pelekat dalam format berikut:
Taip MOTOIDAMAN <jarak> NOMBOR KOD <jarak> No. KP <jarak> NAMA PENUH dan hantar ke 37770

Contoh: MOTOIDAMAN P3-330-0001 671224052677 ALI BIN ABU

Peserta akan menerima satu SMS jawapan.

4. Lengkapkan slogan "Saya memilih PETRONAS Syntium Moto / Sprinta kerana ..." dalam tidak lebih daripada 140 aksara dengan menghantar SMS ke nombor yang disediakan dalam format berikut:

Taip: MOTO<jarak>NOMBOR KOD<jarak> SLOGAN dan hantar ke 37770

Peserta akan menerima SMS sebagai pengesahan penyertaan.

Ayuh sertai peraduan ini. Lagi nayak penyertaan, lagi tinggi peluang anda memenangi kerana pemilihan pemenang dilakukan semasa tamat tempoh dan menggunakan formlua hadiah bahagi jumplah penyertaan.

Jom baca terma disini atau terus ke link ini--> http://www.mymesra.com.my/assets/contentMS/pdf/PETRONAS_MotoIdaman_TnC_Eng.pdf

Lactacyd : Revitalize 60ml Percuma !

- No Comments

Sempurnakan kewanitaanmu dengan Lactacyd hari ini. Bagaimana mendapatkannya? Produk ini adalah kategori percuma dengan pembelian.

Caranya
Beli satu botol Lactacyd White Intimate 150ml, (RM17.90) dari mana-mana Watsons.

Kemudian  isi borang online ini untuk mendapatkan Lactacyd Revitalize 60ml (bernilai RM9.90) secara PERCUMA.