Peraduan Semasa

Yoes: Peraduan Saya Sihat Bersama Yoes

By Mrs Aiyra - Rabu, 8 Mac 2017 No Comments
Peraduan Yoes datang lagi dengan hidangan hadiah yang memikat. Peraduan #sayasihat bersama yoes ini berakhir 13 April 2017. cepat2 gais...

Cara nak join :


Langkah 1:

Beli mana-mana makanan (makanan dalam tin, sos, mi) dan/atau minuman Yeo’s, Yeogurt dan/atau Cintan (“Produk Yeo’s) bernilai RM 5.00 di dalam satu Resit Rasmi.

Resit Rasmi kedai mesti dicetak dengan jelas jenama Produk Yeo’s bersama nilai pembelian yang bertarikh dalam Tempoh Peraduan.

Pembelian berjumlah RM 5.00 di dalam satu Resit Rasmi adalah bersamaan dengan 1 penyertaan peraduan.
Langkah 2:

Buka aplikasi WhatsApp anda, muat naik gambar Resit Rasmi kedai dan taip (Nama Penuh,   Nombor Kad Pengenalan & Nombor Resit Rasmi).

Pelampiran foto hendaklah memenuhi kriteria yang berikut:-

  • Gambar hendaklah menunjukkan dengan jelas nama kedai, tarikh, nombor Resit Rasmi, kuantiti dan nilai pembelian Produk Yeo’s. Resit Rasmi yang berlipat tidak akan diterima.
  •  Gambar-gambar hendaklah memenuhi standard kualiti visual yang minima. Kejelasan imej yang terjejas oleh pencampuran warna, kekasaran, kekaburan, pendedahan berlebihan, artifak mampatan atau lain-lain degradasi yang jelas kelihatan tidak akan diterima dan akan dibatalkan.

Langkah 3:

Hantar penyertaan melalui aplikasi WhatsApp ke nombor telefon 012-2124873.

Peserta Layak akan menerima satu mesej melalui WhatsApp dari Penganjur dalam 1 hingga 3 hari bekerja bagi setiap penyertaan yang diterima.
Langkah 4:

Simpan foto Resit Rasmi kedai untuk tujuan pengesahan.

Peserta Layak boleh menghantar seberapa banyak penyertaan yang mereka mahu. Jumlah penyertaan yang diterima akan bergantung kepada jumlah pembelian Produk Yeo’s yang tercatat pada setiap resit. Setiap pembelian bernilai RM 5.00 di dalam satu Resit Rasmi adalah bersamaan dengan satu penyertaan (contohnya, RM 10.00 = 2 penyertaan peraduan)

Hadiah-hadiah yang ditawarkan


Cara nak MENANG!!
Semua pemenang untuk Hadiah Mingguan dan Hadiah Utama akan dipilih melalui sistem rawak komputer. Para pemenang yang terpilih akan dihubungi melalui telefon dan dikehendaki menjawab satu soalan dengan betul sebelum boleh disahkan sebagai pemenang. Sekiranya pemenang yang terpilih tidak dapat dihubungi atau gagal menjawab soalan dengan betul, Penganjur berhak untuk membatalkan kelayakannya. Penganjur  mempunyai budi bicara sepenuhnya dalam menentukan hadiah bagi setiap pemenang. Setiap pemenang berhak mendapat hanya satu hadiah bagi setiap cabutan.

Para pemenang akan menerima yang berikut:-
Cabutan Mingguan

Hadiah Mingguan

 ⇛   5 x Baucar Barangan Sukan RM 250.00

Jadual Cabutan Mingguan

    Minggu 1 – 10 Februari 2017 to 16 Februari 2017
    Minggu 2 – 17 Februari 2017 to 23 Februari 2017
    Minggu 3 – 24 Februari 2017 to 2 Mac 2017
    Minggu 4 – 3 Mac 2017 to 9 Mac 2017
    Minggu 5 – 10 Mac 2017 to 16 Mac 2017
    Minggu 6 – 17 Mac 2017 to 23 Mac 2017
    Minggu 7 – 24 Mac 2017 to 30 Mac 2017
    Minggu 8 – 31 Mac 2017 to 6 April 2017
    Minggu 9 – 7 April 2017 to 13 April 2017

Cabutan Utama

    Hadiah Utama:
    1 x Pakej Percutian ke Australia untuk 2 orang
    Hadiah Kedua:
    1x Pakej Percutian ke Indonesia untuk 2 orang
    Hadiah Ketiga:
    1 x Pakej Percutian ke Thailand untuk 2 orang

Semua penyertaan yang diterima dalam Tempoh Peraduan layak untuk cabutan Hadiah Utama.

Semua penyertaan hendaklah diterima oleh Penganjur melalui aplikasi WhatsApp sepanjang Tempoh Peraduan. Nama para pemenang untuk Cabutan Mingguan dan Cabutan Hadiah Utama akan diumumkan setiap minggu mengikut kaedah yang berikut:-

  ➧  WhatsApp
  ➧  Laman Web Yeo’s Malaysia
  ➧ Akaun Rasmi WeChat Yeo’s Malaysia
  ➧  Akaun Facebook Yeo’s Malaysia

Para pemenang Peraduan akan diberitahu melalui panggilan telefon untuk urusan pengambilan hadiah dan tertakluk kepada yang berikut:-

 ⇾   Semua pemenang hendaklah menunjukkan gambar Resit Rasmi yang telah terpilih sebagai bukti pembelian untuk Peraduan ini, beserta satu salinan Kad Pengenalan bagi tujuan pengesahan semasa pengambilan hadiah. Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan kemenangan penyertaan  tersebut akan dibatalkan.
 ⇾   Semua hadiah hendaklah dituntut dalam masa 30 hari dari tarikh pemberitahuan dari pejabat Penganjur. Hadiah yang tidak dituntut akan ditarik balik selepas tempoh 30 hari.

No Comment to " Yoes: Peraduan Saya Sihat Bersama Yoes "