Peraduan Semasa

Latest Posts

3 Sebab anda perlu Baca Terma & Syarat

- Khamis, 20 Februari 2014 No Comments

Banyak soalan yang diajukan kepada kami via PM bertanyakan klu untuk menang. Kami menjawabnya dengan merujuk kepada pengalaman terdahulu dan sudah tentu, jawapan turut dipandu oelh Terma & Syarat.

Tujuan
Tujuan terma & syarat sebagai penetapan dan pematuhan kepada undang-undang tentang peraduan yang dianjurkan. Ia berguna ketika ada bantahan atau pertanyaan dari peserta. biasanya, bantahan minima dikenakan kerana terdapat terma 'keputusan adalah muktamat'.

Terma dan syarat menyelamatkan penganjur dari terjebak dari tuntutan diluar jangkaan oleh peserta. Apabila hal ini berlaku, penganjur menyemak terma dalam mendepani tuntuan peserta. Malah, mereka sedia menuruti kehendak peserta kerana peserta masih prospek atau pengguna produk mereka.

Namun, tahukah anda walaupun keputusan adalah muktamad, anda masih boleh membantah dan menggunakan khidmat guaman. Ini diakui sendiri secara lisan oleh seorang pengamal perundangan. Walaubagaimanapun, biasanya kita tidak bertindak sedemikian melainkan punyai sebab yang kukuh.

Ia juga menyelamatkan penganjur dari dikenakan tindakan apabila iklan peraduan digambarkan dengan keindahan mega, 'too good to be true'. Disebalik iklan yang'gempak' akan ada tulisan kecil *tertakluk kepada terma & syarat.
Contohnya iklan: Menangi RM300'000 Tunai Hanya Dengan Membuat Panggilan Kepada Mereka yang Tersayang! *Tertakluk kepada terma & Syarat.
Paling penting, tujuannya adalah semua pihak, sama ada pengajur atau peserta tertakluk kepada 1 ketetapan sahaja dalam keseluruhan proses peraduan. bermula dari hantar penyertaan, pemilihan pemenang hinggalah kepada tarikh dan bagaimana pemenang dimaklumkan tentang kemenangan atau apa yang terjadi jika hadiah tidak dituntut (jika berkaitan).

Sebab-sebab anda perlu baca terma & syarat.
1.Tahu bagaimana nak menang!
Ia sebab paling mustahak. Ada sesetengan terma & syarat menceritakan bagaimana cabutan pemenang dibuat. Jika disertakan tarikh atau langkah mereka memilih pemenang, anda boleh gunakan beberapa trik mudah untuk menang, dan ia trik biasa dilakukan oleh ahli peraduan (mereka yang sering menyertai peraduan). 

2.Tidak melanggar syarat.
patuh kepada syarat membuatkan potensi menang meningkat. Jika anda melangggar terma, sudah tentu penyertaan anda tidak dikira, walaupun sudah banyak menghantar penyertaan.

3.Tahu kehendak penganjur
Biasanya ia berbentuk ayat tersirat. Sebagai contoh, produk kamera yang memerlukan anda menerangkan ciri inovatifnya, ia menggunakan ayat 'kongsikan bagaimana produk kami membantu melancarkan tugas anda walaupun sebagai pengguna amatur.'
Perbualan dengan pemenang hadiah gajet kamera membuktikan formula ini berkesan kerana penganjur juga secara halusnya mahukan maklum balas dari pengguna produk mereka yang berpuas hati. Ini secara 'ghaib' menjawab soalan penganjur: 'Kenapa anda berpuashati semasa menggunakan kamera kami?" 
Relevan dibelek
Ia satu dokumen mesti baca jika anda bermatlamat untuk menjuarai pertandingan. Ia fundamental kepada ahli pertandingan. Selepas ini, jika anda mahu bertanyakan tentang bagaimana nak menang di FB kami, kami akan kongsikan juga maklumat di luar sumber terma & Syarat.

Jangan lupa baca terma & syarat, kerana akibat membacanya sangat berbaloi!

Ciri-ciri Peraduan dengan hadiah lumayan

- Ahad, 16 Februari 2014 No Comments

Peraduan dengan hadiah lumayan merupakan antara acara yang dinanti penggiat peraduan di serata dunia. Bersesuaian dengan nilai hadiah yang besar, strategi peserta juga pelbagai.

Bagi anda yang baru menyertai pertandingan sebegini dalam tempoh terdekat, anda mungkin merasai bahangnya. Sudah tentu, dengan tawaran hadiah yang sedemikian, perasaan membuak-buak setiap kali menghantar penyertaan atau diumumkan sebagai pemenang.

Terdapat beberapa ciri peraduan sebegini. Antaranya adalah ia berlangsung tidak sekerap peraduan untuk kempen promosi tertentu. Sekali-sekala pasti kedengaran peraduan dengan hadiah utama sebuah rumah semi-D, dan sering pula kita dengar hadiah dengan kupon jenama barang.

Tempoh penganjuran yang lama
Biasanya, peraduan sebegini berlangsung dalam tempoh yang lama. Ia bermuala dari sesingkat 1 bulan malah, ada yang berlanjutan beberapa siri sehingga setahun.Ini bersesuaia dengan jumlah penyertaan dan penganjur mahu pastikan mereka yang menepati kriteria sebagai pemenang saja yang layak.

Beserta POP
Bagi menjadikan peraduan mendapat timbal balik kepada penganjur, selalunya peraduan sebegini memerlukan Proof of Purchase. Ia sebagai jaminan bahawa peserta layak menghantar borang penyertaan kerana sah sebagai pengguna produk penganjur. Dalam tempoh ini,volume produk penganjur pastinya meningkat kerana pembelian untuk menyertai peraduan.
Jawapan sederhana sukar
Jawapan yang dikehendaki peserta jawab biasanya senang, dan paling tidak pun sederhana sukar. Malah, terdapat beberapa penganjur yang tidak mensyaratkan menjawab soalan, hanya menggunakan servis atau produk mereka sekerap yang mungkin.

Mengapa penganjur menyediakan peraduan dengan hadiah lumayan?
Pihak penganjur adakalanya memasukkan pelaksanaan peraduan sebagai strategi pengukuhan jenama mereka. 
Dengan menganjurkan peraduan, bilangan pengguna yang mencuba produk mereka meningkat. Dari bilangan ini, peratusan yang berpuas hati dengan produk mereka kemungkinan bertambah dan ini menjadikan jenama mereka kukuh di hati pengguna.
Apapun perancangan penganjur, dengan pengetahuan yang tepat tentang produk dan memahami terma dan syarat, anda dapat merebut pelung memperoleh hadiah utama yang mereka tawarkan. Jadi setiapkali ada peraduan lumayan, pastikan anda kuasai product knowledge & TOC penganjur.

p:s: 6 inci, mampu milik & powerfull!

RHB: Peraduan RHB Gadget Frenzy 2014 Contest ( 26 Dis- 19 Mac 2014 )

- No Comments
Tempoh: 26 Dis- 19 Mac

Jenis Peraduan: Guba servis penganjur (Lakukan transaksi dalam talian) dan layak terima hadiah.

Bagaimana?
  1. Gunakan servis online RHB. Rujuk web RHB
  2. Anda layak menyertai pertandingan ini dan berpeluang memenangi hadiah Telefon Pintar Samsung.
Bilangan Penyertaan bergantung kepada jenis servid RHB yang anda guna. Servis dan entri adalah seperti dibawah:-
 

Setiap transasksi perlulah RM30 dan ke atas. Berita baik buat pendaftar baru, anda layak mendapat 5 hingga 10 entri penyertaan bila mendaftar menggunakan servis online RHB!

Hadiah RHB Gadget Frezy 2014
 
Tip senang menang
3 x pengguna RHB Now dengan mata terkumpul yang tertinggi setiap bulan akan memenangi Hadiah Bulanan. Mata terkumpul merujuk kepada kekerapan transasksi yang anda lakukan. Kerap lakukan transasksi minima RM30 membolehkan anda menjadi juara!

Selamat Menyertai!


 

Yes!: Peraduan Largest Tablet Giveaway 2014 @ YES Contest ( 2 Jan - 31 Mac 2014)

- Ahad, 2 Februari 2014 No Comments

Jenis peraduan: Langgan (subscribe), jawab survey harian dan Menang

Bagaimana?
3 langkah mudah,
  • Langgan plan dengan Yes!
  • Like GB Yes
  • Jawab survey
Hadiah?
90 Tablet sehingga 31 Mac.

Nota
During the Contest Period, one electronic smart tablet (Apple iPad Mini with Retina Display WiFi 16GB/ Samsung Galaxy Tab 3 7.0"/ Lenovo Tablet A1000/ Asus MemoPad HD7/ Acer Iconia B1) will be given away as the Contest daily prize ("Daily Prize") for each day except on the 31st March 2014 where two (2) Daily Prizes will be given away.
A contestant is allowed to win only one Daily Prize throughout the Contest Period even though the contestant may have submitted more than one Entry during the Contest Period. If there is no winner for the Contest on any particular day, the allocated Daily Prize for that day will be cancelled by YTLC without liability to anyone.  

Plan Yes! yang layak

Tip senang Menang
Sertai sekarang untuk peluang kemenangan lebih besar. ini kerana cabutan nama pemenang dibuat setiap hari. Jika anda sertai awal(contohnya pada 2 Jan), anda ada 90 kali peluang memenangi Tablet!

Cara menentukan pemenang:-
Except for the 31st March 2014, for each day during the Contest Period, a winner will be selected to win the prize. Any contestant who has won any prize under the "Auto Bill & Win iPad mini" contest, which is run concurrently by YTLC with this Contest will be automatically disqualified from selection as winner under this Contest ("Disqualified Contestant"). The first contestant who is first to successfully submit the Entry for the day as mentioned in Clause 5 above and who is not a Disqualified Contestant will be selected to be the winner of the Daily Prize (as defined below) of the day. Two (2) winners will be selected on the 31st March 2014 to win the prizes.

Biar betul! Menang dalam masa 3 minit?