Peraduan Semasa

3 Sebab anda perlu Baca Terma & Syarat

By Mrs Aiyra - Khamis, 20 Februari 2014 No Comments

Banyak soalan yang diajukan kepada kami via PM bertanyakan klu untuk menang. Kami menjawabnya dengan merujuk kepada pengalaman terdahulu dan sudah tentu, jawapan turut dipandu oelh Terma & Syarat.

Tujuan
Tujuan terma & syarat sebagai penetapan dan pematuhan kepada undang-undang tentang peraduan yang dianjurkan. Ia berguna ketika ada bantahan atau pertanyaan dari peserta. biasanya, bantahan minima dikenakan kerana terdapat terma 'keputusan adalah muktamat'.

Terma dan syarat menyelamatkan penganjur dari terjebak dari tuntutan diluar jangkaan oleh peserta. Apabila hal ini berlaku, penganjur menyemak terma dalam mendepani tuntuan peserta. Malah, mereka sedia menuruti kehendak peserta kerana peserta masih prospek atau pengguna produk mereka.

Namun, tahukah anda walaupun keputusan adalah muktamad, anda masih boleh membantah dan menggunakan khidmat guaman. Ini diakui sendiri secara lisan oleh seorang pengamal perundangan. Walaubagaimanapun, biasanya kita tidak bertindak sedemikian melainkan punyai sebab yang kukuh.

Ia juga menyelamatkan penganjur dari dikenakan tindakan apabila iklan peraduan digambarkan dengan keindahan mega, 'too good to be true'. Disebalik iklan yang'gempak' akan ada tulisan kecil *tertakluk kepada terma & syarat.
Contohnya iklan: Menangi RM300'000 Tunai Hanya Dengan Membuat Panggilan Kepada Mereka yang Tersayang! *Tertakluk kepada terma & Syarat.
Paling penting, tujuannya adalah semua pihak, sama ada pengajur atau peserta tertakluk kepada 1 ketetapan sahaja dalam keseluruhan proses peraduan. bermula dari hantar penyertaan, pemilihan pemenang hinggalah kepada tarikh dan bagaimana pemenang dimaklumkan tentang kemenangan atau apa yang terjadi jika hadiah tidak dituntut (jika berkaitan).

Sebab-sebab anda perlu baca terma & syarat.
1.Tahu bagaimana nak menang!
Ia sebab paling mustahak. Ada sesetengan terma & syarat menceritakan bagaimana cabutan pemenang dibuat. Jika disertakan tarikh atau langkah mereka memilih pemenang, anda boleh gunakan beberapa trik mudah untuk menang, dan ia trik biasa dilakukan oleh ahli peraduan (mereka yang sering menyertai peraduan). 

2.Tidak melanggar syarat.
patuh kepada syarat membuatkan potensi menang meningkat. Jika anda melangggar terma, sudah tentu penyertaan anda tidak dikira, walaupun sudah banyak menghantar penyertaan.

3.Tahu kehendak penganjur
Biasanya ia berbentuk ayat tersirat. Sebagai contoh, produk kamera yang memerlukan anda menerangkan ciri inovatifnya, ia menggunakan ayat 'kongsikan bagaimana produk kami membantu melancarkan tugas anda walaupun sebagai pengguna amatur.'
Perbualan dengan pemenang hadiah gajet kamera membuktikan formula ini berkesan kerana penganjur juga secara halusnya mahukan maklum balas dari pengguna produk mereka yang berpuas hati. Ini secara 'ghaib' menjawab soalan penganjur: 'Kenapa anda berpuashati semasa menggunakan kamera kami?" 
Relevan dibelek
Ia satu dokumen mesti baca jika anda bermatlamat untuk menjuarai pertandingan. Ia fundamental kepada ahli pertandingan. Selepas ini, jika anda mahu bertanyakan tentang bagaimana nak menang di FB kami, kami akan kongsikan juga maklumat di luar sumber terma & Syarat.

Jangan lupa baca terma & syarat, kerana akibat membacanya sangat berbaloi!

No Comment to " 3 Sebab anda perlu Baca Terma & Syarat "