Peraduan Semasa

Latest Posts

PERADUAN SHELL “MENANG RM5,000 HARI-HARI”

- Isnin, 6 November 2017 No Comments
PERADUAN SHELL “MENANG RM5,000 HARI-HARI”

Hello semua! Peraduan Shell “Menang RM5,000 Hari-Hari” akan bermula dari 8 Oktober 2017
hingga 7 Januari 2018. Menang RM5,000 hari-hari gila taknak? Hadiah top-up RM10 pun admin rebut, ini pulak RM5,000...ye dak??

MENANG RM5,000 HARI-HARI
Leret, Pam dan Menang RM5,000* SETIAP HARI!

Peraduan ini terpakai di semua stesen runcit Shell di Malaysia, seperti yang tersenarai di

Setiap Peserta Layak hanya boleh menyertakan maksimum tiga (3) Penyertaan Sah sehari untuk setiap Stesen Shell.

Maklumat lanjut peraduan https://goo.gl/arBYWf

Peserta Layak berhak menyertai peraduan ini apabila memenuhi syarat berikut:

(a) Peserta Layak mestilah Ahli sedia ada BonusLink dan Kad BonusLink Peserta Layak mesti dileretkan sebelum Transaksi Minyak (seperti yang dinyatakan dalam 5(b)) dilakukan untuk diambil kira sebagai Penyertaan Sah; dan

(b) Peserta Layak mesti membeli sebarang minyak Shell di Stesen Shell berharga sekurang-kurangnya Ringgit Malaysia Tiga Puluh (RM30) dalam satu resit semasa Tempoh Peraduan.

Bagaimana penentuan pemenang?

1. Setiap hari sepanjang tempoh peraduan, seorang (1) akan dipilih sebagai pemenang dengan 92 calon menunggu (disenarai pendek)

2. Kalau korang adalah pemenang pada hari tersebut, pihak Bonus Link akan call korang jika korang tak angkat, pihak Bonus Link akan cuba lagi jika tak berangkat jugak akan di pass pada calon pemenang yang lain (yang 92 orang tadi), segitulah seterusnya. Jadi, once korang decide nak masuk peraduan ni, kena extra alert sikit ok?✌✌

3. Kemudian, pemenang yg disenarai pendek tadi akan di call untuk pengesahan identiti DAN mereka perlu menjawab dua (2) soalan berkaitan Shell atau bonus Link dengan BETUL ya guys sebelum diishtihar sebagai pemenang. Baca lah sikit2 pasal SHELL ni, contoh Shell pertama di mana, kad bonus link diperkenal tahun berapa, berapa cawangan SHELL di Malaysia, apa keistimewaan ahli bonus link..haaa...tu contoh admin bagi, lain yang ditanya nanti jangan ko marah admin pulak....☺

Bayaran untuk peserta yang LAYAK MENANG

(a) Fasa 1: Pemenang Harian dari 8 Oktober 2017 hingga 17 Oktober 2017 akan menerima
Bayaran Hadiah pada 31 Oktober 2017;
(b) Fasa 2: Pemenang Harian dari 18 Oktober 2017 hingga 31 Oktober 2017 akan menerima
Bayaran Hadiah pada 10 November 2017;
(c) Fasa 3: Pemenang Harian dari 1 November 2017 hingga 30 November 2017 akan menerima Bayaran Hadiah pada 15 Disember 2017; dan
(d) Fasa 4: Pemenang Harian dari 1 Disember 2017 hingga 7 Januari 2018 akan menerima Bayaran Hadiah pada 19 Januari 2018.

Maklumat lanjut sila ke : https://goo.gl/arBYWf

Garis Panduan Peraduan Berasaskan Hadiah

- Sabtu, 25 Mac 2017 No Comments
Oleh : Mesyuarat Jawatankuasa Perunding Hukum Syarak Negeri Pahang Kali Ke-1/2009, pada 27 Februari 2009

Keputusan : Mesyuarat bersetuju menerima garis panduan yang dibentangkan untuk dijadikan panduan kepada penganjur pertandingan yang berasaskan hadiah.

GARIS PANDUAN PERADUAN BERASASKAN HADIAH

LATAR BELAKANG

    Dengan kemajuan arus perdana, urusniaga jual beli telah mula diperluaskan dengan pelbagai teknologi moden termasuklah melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS). Bukan sekadar itu, promosi produk jualan juga semakin berkembang pesat melalui instrumen semasa termasuk penganjuran peraduan kontemporari oleh pelbagai pihak telah menjadi begitu popular dan semakin mendapat tempat di kalangan masyarakat.
    Namun begitu, penganjuran peraduan kontemporari ini yang kebiasaannya menawarkan hadiah contohnya peraduan melalui SMS telah menimbulkan pelbagai polemik dan persoalan khususnya daripada aspek hukum syarak. Justeru, garis panduan ini diterbitkan untuk merungkai segala permasalahan dan kekeliruan sekaligus memastikan seluruh penganjuran peraduan berasaskan hadiah bertepatan dengan prinsip muamalat Islam yang berasaskan kepada aspek ketelusan dan keadilan.

    Garis Panduan ini adalah berdasarkan keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-64 yang bersidang pada 27 Julai 2004 yang telah memutuskan bahawa:  “Peraduan kuiz melalui sistem Pesanan Ringkas (SMS) dan seumpamanya adalah mengandungi unsur-unsur eksploitasi, kesamaran (tidak jelas),  pertaruhan dan nasib yang tergolong dalam pengertian judi. Dari itu, hukum peraduan kuiz tersebut adalah haram di sisi syarak”

→ KRITERIA-KRITERIA YANG MESTI DIELAKKAN DALAM PENGANJURAN PERADUAN BERASASKAN HADIAH

1. Eksploitasi

Dalam konteks peraduan berasaskan hadiah, “eksploitasi” bermaksud suatu perbuatan atau tindakan mempergunakan sesuatu (orang dan lain-lain) untuk kepentingan (keuntungan dan sebagainya) diri sendiri (Kamus Dewan).

Eksploitasi juga bermaksud use selfishly and unfairly for one’s own advantage or profit (Oxford Dictionary).

Dalam konteks peraduan, peserta mengharapkan hadiah lumayan yang ditawarkan, manakala pihak penganjur mengambil kesempatan dengan mengenakan caj tertentu dan mengaut keuntungan di atas keghairahan orang ramai yang menyertainya. Perbuatan tersebut adalah suatu bentuk eksploitasi yang tidak diharuskan oleh Islam.

2. Kesamaran

Dalam konteks peraduan yang menawarkan hadiah juga, maksud “kesamaran” adalah sesuatu perkara yang kurang jelas keadaannya (Kamus Dewan).

Kesamaran juga dimaksudkan dengan look or sound different from normal; give false appearance (Oxford Dictionary).

Dr. Yusof al-Qardhawi menjelaskan tentang pendirian Islam terhadap perbuatan yang samar-samar atau syubhah. Beliau menyatakan bahawa Islam memberikan  satu garis panduan yang disebut sebagai sikap berhati-hati kerana takut terlibat dalam perbuatan haram. Melalui sifat ini seseorang Islam dituntut supaya menjauhkan diri daripada sesuatu masalah yang masih samar-samar, sehingga dengan cara tersebut dia tidak melakukan suatu perbuatan yang haram.

Perbuatan seperti ini termasuk dalam perkara sadduz zarai’i’ (menutup pintu daripada melakukan kejahatan). Perkara tersebut juga merupakan salah satu pendidikan untuk orang Islam memandang lebih jauh serta menyelidik terhadap hidup dan manusia itu sendiri. Ini berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

“Yang halal sudah jelas dan yang haram juga sudah jelas, di antara kedua-duanya itu ada beberapa perkara yang belum jelas (syubhat), banyak orang yang tidak tahu; apakah dia termasuk dalam perkara yang halal ataukah yang haram? Maka sesiapa yang menjauhinya kerana hendak membersihkan agama dan kehormatannya maka dia akan selamat dan sesiapa yang mengerjakan sedikitpun daripadanya hampir-hampir dia akan jatuh ke dalam haram, sebagaimana orang yang menggembala kambing di sekitar daerah larangan, dia hampir-hampir akan jatuh kepadanya. Ingatlah bahawa tiap-tiap raja mempunyai daerah larangan. Ingat pula bahawa daerah larangan Allah itu ialah semua yang diharamkan.”

(Riwayat al-Bukhari, Muslim dan al-Tarmizi dan riwayat ini adalah lafaz al-( Dr.Yusof al-Qardhawi, al-Halal wa al-Haram fi al-Islam hal 37 )

Dalam konteks peraduan kontemporari , penganjur mengenakan caj bayaran dalam pelbagai istilah seperti wang pertaruhan, wang penyertaan, yuran pertandingan dan sebagainya. Penganjur juga menyediakan syarat peraduan yang kurang telus, serta mengelirukan. Ini menyebabkan peserta bergantung kepada nasib disamping menyimpan angan-angan untuk memperolehi hadiah yang lumayan. Kesamaran yang berlaku dalam peraduan seumpama ini boleh menyebabkan orang ramai terlibat dalam perbuatan perjudian tanpa mereka sedari.

3. Pertaruhan

Dalam konteks peraduan berasaskan hadiah, “pertaruhan” bermaksud wang dan lain-lain yang dipasang dalam perjudian (Kamus Dewan).

Pertaruhan juga bermaksud money etc risked or gambled on the unknown result of a future event (Oxford Dictionary).

Peraduan kontemporari contohnya melalui SMS adalah suatu permainan yang melalaikan dan boleh dikategorikan dalam permainan al-nardu (buah dadu permainan tradisi masyarakat Arab yang mengandungi perjudian dan pertaruhan). Menurut Dr. Yusof al-Qardhawi (Fatawa al-Mu’asarah Jilid 7, hal 465 dan 466) pada fuqaha’ mengharamkan permainan ini berdasarkan kepada dalil al-Quran dan hadis serta bentuk permainan tersebut yang mengandungi unsur judi yang diharamkan. Mereka merujuk kepada firman Allah S.W.T yang bermaksud

"Wahai orang yang beriman! Sesungguhnya arak, judi, pemujaan berhala dan   mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu Berjaya.”

                                                                                                                                                                    (Surah al-Ma’idah ayat : 90)

 Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :

“Sesiapa yang bermain permainan al-Nardu (perjudian) sesungguhnya ia telah melakukan maksiat kepada Allah dan rasul-Nya.”

                                                                                                                                                                                (Riwayat Abu Daud)

Dalam konteks peraduan, unsur perjudian yang terdapat di dalamnya adalah kerana ia mengandungi unsur pertaruhan, setiap peserta akan dikenakan caj bayaran melalui pelbagai istilah yang mengaburi mata peserta sebagai syarat untuk menyertai peraduan tersebut. Bayaran inilah yang dinamakan pertaruhan.

4. Nasib

“Nasib”  bermaksud melakukan sesuatu dengan harapan untuk mendapat keuntungan; bertaruh (Kamus Dewan).

 Nasib juga bermaksud chance, esp though of as force that bring good or bad fortune (Oxford Dictionary)

Perbuatan peserta yang membayar caj peraduan dengan harapan mendapat keuntungan atau habuan hadiah ketika menyertai sebarang peraduan yang dianjurkan pelbagai pihak adalah tidak diharuskan oleh Islam. Ia sama dengan perbuatan mempertaruhkan wang lalu bergantung harapan kepada nasib untuk mendapat keuntungan yang lebih banyak . Perbuatan bergantung kepada nasib ini bertentangan dengan ajaran Islam berdasarkan firman Allah S.W.T yang bermaksud :

 “wahai orang yang beriman! Sesungguhnya arak, judi, pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batanag-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.”
                                                                                                                                                                      (Surah al-Ma’idah ayat 90)

Dalam konteks peraduan berasaskan hadiah, ada segelintir penganjur peraduan meletakkan kaedah penentuan pemenang melalui kriteria peserta yang berjaya menjawab soalan dengan tepat dan paling pantas. Kaedah pemilihan pemenang seumpama ini adalah tidak patuh syariah kerana peserta yang menjawab soalan dengan tepat masih tidak ada jaminan untuk dipilih sebagai pemenang kerana terpaksa bergantung kepada nasib semata-mata untuk menjadi peserta yang terpantas menjawab soalan.

5. Pembaziran
“Pembaziran” bermaksud perbuatan membazirkan (wang, masa, tenaga dsb) (Kamus Dewan)

 Pembaziran juga dimaksudkan dengan not thinking of the consequences or of danger; rash or impulsive. (Oxford Dictionary).

Islam melarang umatnya melakukan perbuatan mensia-siakan harta atau wang pada tempat yang tidak wajar dan tidak diharuskan oleh Allah S.W.T. Ini bermakna walaupun sedikit yang kita belanjakan jika bukan pada tempat yang wajar, maka ia tetap dikira sebagai membazir. Tidaklah semestinya banyak atau sedikit semata-mata yang menjadi ukuran kepada perkiraan membazir atau tidaknya dalam sesuatu perbelanjaan. Perbuatan membazir sangat dilarang dalam Islam malah ia dianggap bukan daripada perbuatan seorang Islam. Ini berdasarkan firman Allah S.W.T yang bermaksud ;

“Sesungguhnya orang yang boros itu adalah saudara-saudara syaitan sedangkan syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada tuhannya.”   (Surah al-Nisa’ ayat 26-27)

Dalam konteks peraduan berasaskan hadiah, ramai peserta menghabiskan wang mereka semata-mata untuk meraih hadiah yang ditawarkan. Walau bagaimanapun sebilangan kecil sahaja peserta yang akan memperolehi hadiah, manakala sebahagian besar lagi akan mengalami kerugian serta kehilangan wang dalam pertaruhan. Mereka telah membazirkan masa, wang dan tenaga semata-mata untuk mendapatkan hadiah yang belum pasti diperolehi.

6. Panduan Kepada Peserta

Sebelum menyertai sebarang peraduan yang berasakan hadiah, peserta haruslah meneliti dan memahami perkara-perkara berikut:

- Bentuk dan operasi peraduan.

- Terma dan syarat peraduan dengan jelas.

- Memastikan peraduan yang disertai tidak mengandungi unsur-unsur yang bercanggah dengan hukum syarak seperti perjudian,  pembaziran, eksploitasi, keraguan dan kerugian kepada peserta.

- Memastikan caj yang dikenakan terhadap mereka sama seperti caj biasa sebelum peraduan berlangsung jika peraduan tersebut dianjurkan melibatkan perbualan telefon dan kaedah sms.

-  Peraduan yang disertai bermanfaat dan tidak mengandungi unsur hiburan yang melampau, aktiviti yang melalaikan dan seumpamanya.

- Peserta hendaklah merujuk kepada pihak berkuasa yang berautoriti sekiranya terdapat keraguan mengenai sesuatu peraduan terutamanya daripada sudut hukum syarak dan perundangan negara.

 - Peserta dinasihatkan agar tidak terlalu taksub dan fanatik kepada sesuatu peraduan yang disertai sehingga meninggalkan tugasan wajib.

7. Panduan Kepada Penganjur
a) Yuran Pendaftaran Dan Caj Tambahan

- Penganjur tidak boleh mengenakan apa-apa caj atau yuran kepada peserta sebagai bayaran pendaftaran untuk menyertai peraduan yang dianjurkan bagi mengelakkan wujudnya unsur-unsur perjudian dan pertaruhan.

- Tiada sebarang caj tambahan boleh dikenakan kepada peserta peraduan contohnya caj kos pengurusan, caj ke atas setiap set soalan peraduan dan seumpamanya.

- Jika peraduan dianjurkan melalui telefon dan seumpamanya, pihak penganjur tidak boleh menaikkan caj perbualan telefon dan sms daripada caj semasa bagi mengelakkan wujudnya unsur perjudian.

b) Terma Dan Syarat Peraduan Yang Jelas

- Penganjur mestilah menyatakan tujuan, syarat-syarat penyertaan, ganjaran hadiah, kaedah pemilihan pemenang, tempoh masa dan seumpamanya dengan tepat, jelas dan terperinci di dalam terma dan syarat peraduan.

-  Sekiranya peraduan tersebut melibatkan penjualan produk dan seumpamanya maka perkara tersebut perlu diperincikan dengan jelas di dalam terma dan syarat.

-  Terma dan syarat juga mestilah adil, tidak mengandungi unsur penipuan ataupun helah, serta tidak berat sebelah samada di pihak penganjur mahupun pelanggan dan mestilah tidak bercanggah dengan syarak.

-  Terma dan syarat mestilah dapat diakses sepenuhnya oleh pelanggan dengan jelas samada melaui iklan di media cetak, media elektronik atau seumpamanya.

-   Terma dan syarat mestilah jelas, mudah difahami serta tidak mengelirukan masyarakat awam.

8. Promosi Dan Iklan

- Maklumat penting di dalam terma dan syarat iaitu syarat-syarat penyertaan, bentuk operasi peraduan, ganjaran hadiah, syarat-syarat pemenang dan seumpamanya mestilah dinyatakan sepenuhnya dengan jelas, mudah difahami oleh masyarakat awam.

- Jika peraduan tersebut melibatkan sebarang penjualan barangan atau produk, promosi penjualan barangan atau produk tersebut mestilah lebih difokuskan berbanding promosi peraduan.

- Iklan-iklan dan promosi di dalam media cetak dan elektronik mestilah :

    menggambarkan sepenuhnya promosi peraduan tersebut ;
    tidak mengandungi unsure-unsur ekploitasi seperti mengeksploitasi wanita dan seumpamanya sebagai satu daya tarikan; dan
    tidak mengandungi unsur-unsur provokasi, paksaan serta mengelirukan peserta
    Sistem Peraduan Yang Jelas

9. Matlamat Peraduan

- Peraduan yang dianjurkan mestilah mempunyai matlamat yang bermanfaat, membina daya inteletual, memupuk sikap positif dan seumpamanya.

- Tidak dijadikan sebagai helah untuk mengaut keuntungan yang berlipat ganda.

- Tidak melalaikan sehingga menyebabkan peserta meninggalkan kewajipan seharian.

10. Bentuk Soalan Peraduan

- Soalan-soalan peraduan mestilah :

a) bermanfaat, ilmiah dan benar-benar menguji kepintaran;

b) tidak tertumpu kepada perkara-perkara yang tidak membina minda serta melalaikan;

c) tidak mengelirukan ; dan  tidak bercanggah dengan syariat Islam

11. Kaedah Pemilihan Pemenang
- Setiap penyertaan peserta mestilah disemak dan dihakimi dengan adil, telus, amanah, dan tidak berat sebelah.

- Pemenang peraduan tidak boleh ditentukan dengan kaedah cabutan rambang (lucky draw) yang bersandarkan kepada factor nasib.

- Jika sekiranya terdapat lebih daripada satu penyertaan yang menjawab semua soalan objektif dengan betul dan mempunyai markah / mata wang yang sama, maka peserta hendaklah diberi soalan subjektif contohnya menulis cogankata dan seumpamanya. Hakim mestilah mengadili soalan subektif tersebut dengan adil sebelum menentukan pemenang peraduan.

12. Tempoh Masa Peraduan

- Jika peraduan tersebut mempunyai sesuatu tempoh had masa penganjuran dan menjawab soalan, maka ia perlulah dimaklumkan kepeda peserta sebelum peraduan bermula.

13. Ganjaran / Hadiah

- Hadiah peraduan disediakan oleh pihak penganjur mestilah daripada sumber yang halal.

- Hadiah peraduan tidak boleh diambil daripada kumpulan wang peserta samada melalui yuran penyertaan, caj dan seumpamanya.

- Sumber dana hadiah tidak boleh diambil daripada hasil caj perkhidmatan yang dikenakan untuk sms dan seumpamanya.

- Hadiah yang disediakan oleh pihak penganjur mestilah bernilai, bermanfaat dan memenuhi spesifikasi yang telah dinyatakan di dalam terma dan syarat peraduan.

- Hadiah peraduan hendaklah disediakan terlebih dahulu sebelum sesuatu peraduan dijalankan bagi mengelakkan timbulnya sebarang unsure penipuan.

- Tempoh penyerahan hadiah kepada peserta mestilah ditetapkan dan dinyatakan di dalam terma dan syarat peraduan dengan jelas.

KESIMPULAN

Garis panduan yang diterbitkan ini adalah diharap dapat memberikan panduan kepada semua pihak yang terlibat di dalam penganjuran peraduan yang menawarkan hadiah sebagai ganjaran. Semoga usaha ini dapat memastikan keseluruhan operasi peraduan mematuhi prinsip-prinsip syariah.

Uncle Jack: Beli Set Kombo MILO dan Menang* Scooter!

- Sabtu, 18 Mac 2017 No Comments

Tempoh peraduan: 1 March - 30 April 2017

Dengan pembelian 1 set Milo kombo di restoren Uncle Jack (yang mengambil bahagian) anda boleh memenangi sebuah scooter!

Restoren Uncle Jack adalah rangkaian restoren dalam pasaraya Giant. Semak senarai outlet Uncle Jack yang mengambil bahagian dalam peraduan ini.

Bagaimana nak sertai? 

  1. Beli satu(1) Milo set kombo di outlet Uncle Jack dalam 1 resit.
  2. Lengkapkan nama, no IC & nombor telefon dalam ruang yang tersedia dalam resit anda.
  3. Masukkan resit anda tadi dalam kotak penyertaan yang tersedia di outlet ini dalam tempoh sah peraduan.


Bagaimana pemenang ditentukan?
Beli 1 set Milo kombo. Calon pemenang akan dipilih secara rawak. Calon pemenang akan dihubungi oleh untuk menjawab 1 soalan.

Jika gagal dihubungi atau tidak dapat menjawab soalan tersebut, penganjur akan menelefon calon yang lain pula. Jadi, pastikan telefon anda bateri penuh dan bukan dalam mode silent ;).

Hadiah:
  • Hadiah Utama x 1: Scooter berjenama 
  • Hadiah Pertama x 3: Basikal boleh lipat (foldable) 
  • Hadiah ke-2 x 20: Hamper Milo bernilai RM100 
  • Saguhati x 100: GIANT Gift Card 
Tip menang: Sertai dengan risiko sendiri. Pada kami, peraduan ini boleh disertai sekadar santai saja. Ini kerana pemenang akan ditelefon secara rawak. peluang anda menang jika banyak beli set kombo Milo tidak terpakai dapam peraduan ini. sertai dengan jiwa santai - itu saranan kami.

Yoes: Peraduan Saya Sihat Bersama Yoes

- Rabu, 8 Mac 2017 No Comments
Peraduan Yoes datang lagi dengan hidangan hadiah yang memikat. Peraduan #sayasihat bersama yoes ini berakhir 13 April 2017. cepat2 gais...

Cara nak join :


Langkah 1:

Beli mana-mana makanan (makanan dalam tin, sos, mi) dan/atau minuman Yeo’s, Yeogurt dan/atau Cintan (“Produk Yeo’s) bernilai RM 5.00 di dalam satu Resit Rasmi.

Resit Rasmi kedai mesti dicetak dengan jelas jenama Produk Yeo’s bersama nilai pembelian yang bertarikh dalam Tempoh Peraduan.

Pembelian berjumlah RM 5.00 di dalam satu Resit Rasmi adalah bersamaan dengan 1 penyertaan peraduan.
Langkah 2:

Buka aplikasi WhatsApp anda, muat naik gambar Resit Rasmi kedai dan taip (Nama Penuh,   Nombor Kad Pengenalan & Nombor Resit Rasmi).

Pelampiran foto hendaklah memenuhi kriteria yang berikut:-

  • Gambar hendaklah menunjukkan dengan jelas nama kedai, tarikh, nombor Resit Rasmi, kuantiti dan nilai pembelian Produk Yeo’s. Resit Rasmi yang berlipat tidak akan diterima.
  •  Gambar-gambar hendaklah memenuhi standard kualiti visual yang minima. Kejelasan imej yang terjejas oleh pencampuran warna, kekasaran, kekaburan, pendedahan berlebihan, artifak mampatan atau lain-lain degradasi yang jelas kelihatan tidak akan diterima dan akan dibatalkan.

Langkah 3:

Hantar penyertaan melalui aplikasi WhatsApp ke nombor telefon 012-2124873.

Peserta Layak akan menerima satu mesej melalui WhatsApp dari Penganjur dalam 1 hingga 3 hari bekerja bagi setiap penyertaan yang diterima.
Langkah 4:

Simpan foto Resit Rasmi kedai untuk tujuan pengesahan.

Peserta Layak boleh menghantar seberapa banyak penyertaan yang mereka mahu. Jumlah penyertaan yang diterima akan bergantung kepada jumlah pembelian Produk Yeo’s yang tercatat pada setiap resit. Setiap pembelian bernilai RM 5.00 di dalam satu Resit Rasmi adalah bersamaan dengan satu penyertaan (contohnya, RM 10.00 = 2 penyertaan peraduan)

Hadiah-hadiah yang ditawarkan


Cara nak MENANG!!
Semua pemenang untuk Hadiah Mingguan dan Hadiah Utama akan dipilih melalui sistem rawak komputer. Para pemenang yang terpilih akan dihubungi melalui telefon dan dikehendaki menjawab satu soalan dengan betul sebelum boleh disahkan sebagai pemenang. Sekiranya pemenang yang terpilih tidak dapat dihubungi atau gagal menjawab soalan dengan betul, Penganjur berhak untuk membatalkan kelayakannya. Penganjur  mempunyai budi bicara sepenuhnya dalam menentukan hadiah bagi setiap pemenang. Setiap pemenang berhak mendapat hanya satu hadiah bagi setiap cabutan.

Para pemenang akan menerima yang berikut:-
Cabutan Mingguan

Hadiah Mingguan

 ⇛   5 x Baucar Barangan Sukan RM 250.00

Jadual Cabutan Mingguan

    Minggu 1 – 10 Februari 2017 to 16 Februari 2017
    Minggu 2 – 17 Februari 2017 to 23 Februari 2017
    Minggu 3 – 24 Februari 2017 to 2 Mac 2017
    Minggu 4 – 3 Mac 2017 to 9 Mac 2017
    Minggu 5 – 10 Mac 2017 to 16 Mac 2017
    Minggu 6 – 17 Mac 2017 to 23 Mac 2017
    Minggu 7 – 24 Mac 2017 to 30 Mac 2017
    Minggu 8 – 31 Mac 2017 to 6 April 2017
    Minggu 9 – 7 April 2017 to 13 April 2017

Cabutan Utama

    Hadiah Utama:
    1 x Pakej Percutian ke Australia untuk 2 orang
    Hadiah Kedua:
    1x Pakej Percutian ke Indonesia untuk 2 orang
    Hadiah Ketiga:
    1 x Pakej Percutian ke Thailand untuk 2 orang

Semua penyertaan yang diterima dalam Tempoh Peraduan layak untuk cabutan Hadiah Utama.

Semua penyertaan hendaklah diterima oleh Penganjur melalui aplikasi WhatsApp sepanjang Tempoh Peraduan. Nama para pemenang untuk Cabutan Mingguan dan Cabutan Hadiah Utama akan diumumkan setiap minggu mengikut kaedah yang berikut:-

  ➧  WhatsApp
  ➧  Laman Web Yeo’s Malaysia
  ➧ Akaun Rasmi WeChat Yeo’s Malaysia
  ➧  Akaun Facebook Yeo’s Malaysia

Para pemenang Peraduan akan diberitahu melalui panggilan telefon untuk urusan pengambilan hadiah dan tertakluk kepada yang berikut:-

 ⇾   Semua pemenang hendaklah menunjukkan gambar Resit Rasmi yang telah terpilih sebagai bukti pembelian untuk Peraduan ini, beserta satu salinan Kad Pengenalan bagi tujuan pengesahan semasa pengambilan hadiah. Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan kemenangan penyertaan  tersebut akan dibatalkan.
 ⇾   Semua hadiah hendaklah dituntut dalam masa 30 hari dari tarikh pemberitahuan dari pejabat Penganjur. Hadiah yang tidak dituntut akan ditarik balik selepas tempoh 30 hari.

PERADUAN NESCAFÉ JOM MUZIK!

- Selasa, 28 Februari 2017 No Comments
PERADUAN NESCAFÉ JOM MUZIK!

Salam semua pemburu hadiah..peraduan daripada Nestle datang lagi dan seperti biasa, tawaran hadiah yang sentiasa buat kita tersenyum. Jom kita ushar sikit peraduan NESCAFÉ JOM MUZIK!ini...let's check it out!!

Tempoh Peraduan:
5 Mac - 31 Mac 2017

Langkah-langkah:

1.Beli mana-mana 2x minuman NESCAFÉ UHT / Tin / PET untuk menyertai.
2. Whatsapp gambar muka depan resit pembelian dengan Nama Penuh dan No. MyKad ke 012 2033 711.

Hadiah-Hadiah Mingguan x 4 Minggu

Hadiah Utama x 1 Pemenang setiap minggu:
Pakej Konsert Impian anda bernilai RM10,000!

Hadiah Pertama x 3 Pemenang setiap minggu:
Samsung Home Theatre System

Hadiah Kedua x 5 Pemenang setiap minggu:
Beats by Dr. Dre Headphones

Hadiah Ketiga x 5 Pemenang setiap minggu:
Sony Sound Bar

Peserta-peserta harus menyimpan resit rasmi asal untuk dikemukakan semasa penebusan hadiah-hadiah.

PENTING!!

1Penyertaan Peraduan ini adalah secara digital melalui WhatsApp Messaging [“WAM”] dari sebarang nombor telefon bimbit terdaftar di Malaysia. Peserta dikehendaki menulis butiran nama penuh seperti di MyKad dan nombor MyKad pada hadapan Resit Rasmi, ambil gambar Resit Rasmidan hantar gambar tersebut berikut melalui WAM ke 012-2033711.
Peserta MESTI menyimpan Resit Rasmiasal yang dikemukakan dalam penyertaan untuk pengesahan Pemenang dan penebusan hadiah. Kegagalan untuk menunjukkan Resit Rasmiapabila diminta akan mengakibatkan pembatalan kelayakan dan hadiah.  

2Setiap peserta berhak/layak menghantar lebih daripada satu [1] penyertaan tetapi setiap penyertaan mesti disertakan dengan satu[1] Resit Rasmi unik yang lengkap dengan butiran yang dikehendaki. Penyertaan dengan butiran yang tidak lengkap, tidak boleh dibaca dan/atau tidak tepat dan tidak betul, berulang dan/atau gambar Resit Rasmi tidak jelas akan dibatalkan.  

Nescafe: Nescafe Dululah Barulah Bola Contest

- Sabtu, 11 Februari 2017 No Comments


Tempoh:  11 - 21. .2.2017

Kami belanja makan malam dan tonton movie.

Bagaimana nak sertai?
  • Beli  1 cawan of NESCAFÉ di premis yang menyertai Peraduan Nescafé Dulu Barulah Bola dadalm 1 resit.
  • Selfie dengan resit dan cawan Nescafe anda. 
  • Hantar Whatsapp ke nombor 017-2028091, sertakan Nama, nombor MyKad, nombor untuk dihubungi, Alamat, Email
  • Nama Outlet hendaklah ditulis sebagai caption gambar.

Hadiah:
Mingguan: RM200 baucar makan di outlet terpilih (2 pemenang)
Bulanan: Tiket wayang midnight dengan Nescafé (20 pemenang, 1 x  pemenang akan dapat 4 tiket wayang).

*Sila bawa resit asli dan Mykad semasa tebus hadiah

Hadiah akan diumumkan pada:
Mingguan:  RABU.
Bulanan Prizes: Minggu ke-2 Bulan tersebut.

Pemenang akan dihubungi melalui telefon dan email dalam tempoh 14 hari selepas pemenang diumumkan

Tertakluk kepada syarat*

Milo: Peraduan Breakfast With Milo Grand Contest

- Jumaat, 20 Januari 2017 2 Comments
Tempoh: 10.1 – 30.6.2017 

Bagaimana nak menang?
Whatsapp saja. Tapi sebelum itu, beli 1 cawan Milo (Beverage) di setiap kedai yang menyertainya dalam satu resit.

Kemudian, snap gambar resit bersama selfie minuman Milo yang anda beli tadi.

Hantar segera ke Whatsapp: 017-3836282, dan sertakan nama, nombor kad pengenalan, lamat, email & nama Outlet sebagai 'caption' gambar.Pemenang utama akan diumumkan melalui nombor ini juga.

Hadiah

  • Hadiah utama: kamera berjenama x 1 unit
  • Hadiah pertama: Percutian Hotel resort 3 hari 2 malam dengan 1 hari Pas masuk Taman Tema untuk 2 orang x 5 unit
  • Hadiah ke-2: Aktiviti lasak Trackers x 10 unit 3rd Prize: MILO Limited Edition
  • Hadiah ke-3: Milo edisi terhad 
  • Saguhati: cawan mug x 50 unit (Edisi terhad Milo)
  • Cenderahati Milo: x 100 unit

*Bawa kad pengenalan dan resit ya semasa tuntut hadiah anda

Pemenang hadiah utama akan diumumkan melalui:

Cabutan pertama: 20.4.2017
Cabutan kedua Julai 2017

Semua pemenang akan dihubungi melalui telefon dan email dalam masa14 hari bekerja dari tarikh pengumuman pemenang.

Nestlé: Peraduan Kongsi-Kongsi Grand Contest

- No Comments
Tempoh: 1.1 – 28.2.2017 

Bagaimana nak menang?
Whatsapp saja. Tapi sebelum itu, beli 1 cawan minuman Nestlé (Beverage) di setiap kedai yang menyertainya dalam satu resit.

Kemudian, snap gambar resit bersama minuman Nestlé yang anda beli tadi.

Hantar segera ke Whatsapp no. 011-12244827, dan sertakan nama, nombor kad pengenalan, lamat, email & nama Outlet sebagai 'caption' gambar.

Hadiah
Hadiah utama: smartphone berjenama x 5 unit
Hadiah pertama: Peranti tablet berjenama x 10 unit
Hadiah ke-2: Dolce Gusto Genio 2 x 30 unit
Saguhati: RM100 Hypermarket baucar x 200 unit 

*Bawak resit ya semasa tuntut hadiah anda

Pemenang hadiah utama akan diumumkan pada 20.3.2017 melalui telefon

Semua pemenang akan dihubungi melalui telefon dan email dalam masa14 hari bekerja dari tarikh pengumuman pemenang.

NIVEA Chinese New Year Contest 2017

- Sabtu, 14 Januari 2017 No Comments

1. This “NIVEA CARE 2017 CNY” (“Contest”) organized by Beiersdorf (Malaysia) Sdn. Bhd. [77205-D] (“Organiser”) will run from 29th December 2016 and ends on 14th February 2017, (“Contest Period”).
 
Eligibility
2. This Contest is open to all Malaysian citizens residing in Malaysia aged 16 and above (as at the date of participation in this contest) holding valid Malaysian National Registration Identity Card only (“Participants”). For Participants aged below 18 years old, a letter of consent from parent(s) is required to be attach together with the entry submission in the contest.
3. The following group of persons shall not be eligible to participate in the contest: a. Employees of the Organiser including its affiliated and related companies and their immediate family members (children, parents, brothers and sisters, including spouses); and/or representatives, employees, servants and/or agents of advertising and/or promotion service providers of Organiser including its affiliated and related companies, and their immediate family members (children, parents, brothers and sisters including spouses).
Entry
4. Participants must spend a minimum of RM30 on NIVEA/NIVEA MEN products in a single receipt during Contest Period. Each receipt (“Proof of Purchase”) can only be used once and considered as one (1) valid contest entry only.
5. Participants must “like” NIVEA Malaysia’s Facebook page and fill in their details as required, under the “NIVEA CNY CONTEST” Facebook tab.
6. Participants may submit multiple entries with different Proof of Purchase to increase chances of winning. Each submission is entitled to one prize per category.
Winners and Prizes
7. Judging criteria will be based on the completion of submission and the sequence of entry with valid Proof of Purchase. All participation is subject to judge’s final decision.
8. Categories of prizes under this Contest are as follow:
 
PRIZE CATEGORY Eligibility CASH EXAMPLE
⇛Grand prize Every 888th Participant RM18,888 888th, 1776th & etc
⇛2nd Prize Every 88th Participant RM888 88th, 176th, 264th & etc
⇛3rd Prize Every 38th Participant RM388 38th, 76th, 144th, & etc
⇛Daily prize Every 8th Participant RM88 8th, 16th, 24th & etc.
(Daily prize: maximum of up to 30 winners per day) 
 
9. Total amount of prize is capped at RM188,888 only.
10. All Winners (including weekly winners) will be announced on NIVEA Malaysia Facebook Page after the contest ends.
11. The Organiser’s decision on winner’s selection is final and binding on all participants and no correspondence, appeals, enquiries on the subject, whether verbal or written, shall be entertained.
12. In the event of an overlapping of entry between prizes, the higher valued prize will be awarded to the Participants.
13. Participants are entitled to win a prize category for more than once, provided always that the submission is entered using different Proof of Purchase.
14. Prizes are not transferable or exchangeable in any other forms subject to such terms and conditions which Organiser may in its sole discretion impose. The Organiser may in its sole discretion exchange or substitute the Prizes to another of equivalent or similar value at any time without prior notice.
Disqualification
15. All entries received out of the contest period shall automatically be disqualified.
16. Contest entries will be disqualified for multiple submissions using the same receipt number.
17. The Organiser reserves the right to disqualify and/or exclude Participants and/or revoke the Prize if: -
     (a) the Participant is ineligible or does not meet any of the eligibility criteria set out in the  above; or
     (b) the Participant does not provide the required details upon receiving the request/notification from the Organiser; or
     (c) the Participant breaches the Terms and Conditions or other rules and regulations of the Contest or violated any applicable laws or regulations; or
     (d) in the Organiser’s sole determination, it believes that the Participant has attempted to undermine the operation of the Contest by fraud, cheating or deception.
18. In the event the disqualification take place after the announcement of winners, there will be no selection of replacement of the disqualified winner.
19. In the event of a disqualification after the Prize has been awarded, the Organiser reserves the right to demand for the return of the Prize or payment of its equivalent value from the disqualified Participant.
 
Prize redemption
20. There will be a 3-month lead time from the Contest end date, 14th February 2017 for prize fulfilment to ensure due to large quantity of prize dispatches.
21. Winners will be contacted if any collection is required from the address located at 15th Floor, Wisma Genting, Jalan Sultan Ismail 50250 Kuala Lumpur, Malaysia.
22. Winners will not be contacted if prizes are couriered to the given (registered) mailing address in the submission form.
23. Any cost incurred during the prize redemption process e.g. transportation, is to be borne by the Winner.
24. The Organiser reserves the right to request for original Proof of Purchase, written proof of IC number and age of any winner before the prize is dispatched or collected.
Privacy Notice
25. By participating in this Contest, all Participants agree and consent to allow their personal data being collected, processed and used by the Organiser in accordance to the Organiser’s Privacy Notice, which is made available at the Organiser’s website at www.facebook.com/mynivea.
26. In addition, and without prejudice to the terms in the Organiser’s Privacy Notice, Participants agree and consent to their personal date or information being collected, processed and used by the Organiser for:
(a) the purposes of this Contest;
(b) marketing and promotional activities conducted in such manner as the Organiser see fit in any media including but not limited to any form of advertising or publicity media and materials such as audio and/or visual recordings published through newspapers, television networks, radio stations or online and digital media and on the Internet, without further express consent from the Participants. Marketing and promotion activities include without limitation the use and/or publication of any details provided in and/or in connection to the entries, as well responses and related photographs.
General Terms and Conditions
27. The Organiser reserves the right to amend the Terms and Conditions contained herein, where necessary for legal, technical or commercial reasons and any such amendments shall be effective upon posting on the NIVEA Malaysia’s Facebook page.
28. For avoidance of doubt, cancellation, termination or suspension of this Contest by the Organiser shall not entitle the Participants(s) to any claim or compensation against the Organiser for any and all losses or damages suffered or incurred by the Participants(s) as a direct or indirect result of the act of cancellation, termination or suspension.
29. The Organiser’s decision on all matters relating to this Contest, including but not limited to the eligibility to participate, the selection of the Participants for this Contest, shall be final and binding. No further correspondence, appeals, protests or attempts to dispute the same shall be entertained.
30. This Contest is not organised by or associated with Facebook. All Participants, however, agree to comply with all rules and regulations as may be imposed by Facebook in respect of any posting thereon.
31. Information provided by Participants will only be used for the fulfilment of this Contest and is provided for the Organiser only, not to Facebook.
32. The terms and condition herein shall be governed by and construed in accordance with the laws of Malaysia.

The Rooster Brings Pure Gold For All! Peraduan terbaru dari Honda

- Selasa, 10 Januari 2017 1 Comment

erazz
Salam semua Pelanggan HONDA!!
Di sini ada berita baik untuk anda semua. Sempena Chinese New Year yang bakal tiba, HONDA Malaysia berbesar hati untuk menawarkan hadiah bernilai RM20,000 kepada para pelanggan nya melalui contest The Rooster Brings Pure Gold For All!

Bagaimana Mahu sertai
Admin kena ingatkan anda sekalian bahawa contest ini HANYA untuk customer Honda sahaja ya..yang kereta Perodua ke Toyota ke, sabar dulu...contest untuk korang bakal menyusul😉😉.
erazz
erazz
Kemudian hantar ke 66688

Hadiah yang bakal anda perolehi adalah:
erazz
Ok, Good Luck pada yang mahu cuba join contest ni..👍👍

Nikon Photo Contest 2016-2017

- Rabu, 4 Januari 2017 No Comments

Salam Semua,

Pertandingan Nikon Photo Contest sempena Nikon Anniversary ni dah bermula dr bulan 10 2016 lagi...tapi jangan gusar masih sempat lagi. Admin teruja sesangat nak share sebab hadiah nya dalam Yen ye bukan RM. Tapi sebelum tu, jangan rasa tak layak atau apa..cuba dulu, admin percaya dekat Malaysia banyak yang berbakat...yang penting CUBA ye tak?
Tempoh Peraduan
Sehingga 27 Januari 2017 (closes at 1:00pm waktu Jepun ya)

Pertandingan ini terbuka kepada semua, profesional dan amatur tanpa mengira umur, gender atau warganegara. Semua kategori pertandingan dibenarkan menggunakan apa-apa peranti digital termasuk smartphone kecuali untuk kategori khas iaitu Nikon 100th Anniversary, peserta harus menggunakan peranti dari jenama NIKON sahaja.
Boleh refer ke website Nikon Malaysia >>http://www.nikon.com.my

⇛Kategori Pertandingan

1. Nikon 100th Anniversary Award
- Tema: "Celebration"
- Format Pertandingan: Single photo
- Hanya boleh menggunakan Nikon divices sahaja
- Tiada had umur

2. Next Generation Award
- Tema: "Future"
- Format pertandingan: single photo, photo story (two to five images), video
- Apa-apa equipment boleh diguna
- Peserta MESTI dibawah umur 30 (29 tahun ke bawah)

3. The Open Award
- Tema: "Future"
- Format pertandingan: single photo, photo story (two to five images), video
- Apa-apa equipment boleh diguna
- Tiada had umur

⇛Bagaimana mahu sertai?

1 Masukkan detail / maklumat yang diperlukan didalam borang penyertaan di website Nikon Photo Contest 2016-2017 (www.nikon-photocontest.com)

2 Lawat website diatas untuk maklumat tambahan seperti kelayakan pertandingan, peraturan pertandingan, cara pengadilan, t&c dan sebagainya.

<<Hadiah>>
Pengunguman pemenang Nikon Photo Contest 2016-2017 adalah pada bulan July 2017 dan awards ceremony akan diadakan di Jepun - tempat kelahiran jenama NIKON ini sendiri. Best kan??
So, apa lagi..ambil kamera atau apa2 device yang korang ada..guna kreativiti dan hantar ke www.nikon-photocontest.com.

Good luck Malaysian👍 

Kongsi-kongsi Grand Contest - Nestle

- Isnin, 2 Januari 2017 No Comments
Salam Pemburu Contest Sekalian,

Contest Whatsapp datang lagi. Kali ini dari Nestle pula. Contest ini dinamakan Kongsi-kongsi Grand Contest. Senang sangat nak menang ni!!
Tempoh peraduan : 1 January – 28 Februari 2017

Ke laman web rasmi pertandingan>> http://www.nestle.com.my/brands/contest

Whatsapp dan Menang!

Cara Menyertai pertandingan :
1) Beli mana-mana 1(satu) produk minuman tin Nestle iaitu Nescafe Alegria, Nescafe Ice, MILO, Lemonade, Sjora, Nestea, di mana-mana outlet kedai/premis yang menyertai kempen pertandingan ini dan haruslah belian dalam satu resit.
2) Tangkap gambar resit bersama 1 (satu) minuman tin Nestle sebagai bukti
3) Kemudian hantar bukti pembelian ke 011-12244827 dan mesti disertakan sekali Nama, No IC, Alamat, Alamat E-mail & dan butiran nama cawangan kedai/premis yang menyertai.

Hadiah-hadiah:
Grand Prize: Branded mobile phone x 5 units
1st Prize: Branded tablet device x 10 units
2nd Prize: Dolce Gusto Genio 2 x 30 units
Consolation: RM100 Hypermarket Shopping Voucher x 200 units

↦Penting!!
* Peserta harus datang dengan membawa resit original untuk claim hadiah nanti.
- Jadi, admin nasihatkan pada yang mahu sertai peraduan ni, simpan resit belian elok-elok ye..

Pemenang Grand Contest akan diumumkan pada 20 March 2017 melalui panggilan telepon.

Pemenang-pemenang akan dihubungi melalui panggilan telefon dan email dalam 14 hari bekerja selepas senarai pemenang diumumkan

Tertakluk kepada syarat dan peraturan.

Ke laman web rasmi pertandingan