Peraduan Semasa

PERADUAN SHELL “MENANG RM5,000 HARI-HARI”

By Mrs Aiyra - Isnin, 6 November 2017 No Comments
PERADUAN SHELL “MENANG RM5,000 HARI-HARI”

Hello semua! Peraduan Shell “Menang RM5,000 Hari-Hari” akan bermula dari 8 Oktober 2017
hingga 7 Januari 2018. Menang RM5,000 hari-hari gila taknak? Hadiah top-up RM10 pun admin rebut, ini pulak RM5,000...ye dak??

MENANG RM5,000 HARI-HARI
Leret, Pam dan Menang RM5,000* SETIAP HARI!

Peraduan ini terpakai di semua stesen runcit Shell di Malaysia, seperti yang tersenarai di

Setiap Peserta Layak hanya boleh menyertakan maksimum tiga (3) Penyertaan Sah sehari untuk setiap Stesen Shell.

Maklumat lanjut peraduan https://goo.gl/arBYWf

Peserta Layak berhak menyertai peraduan ini apabila memenuhi syarat berikut:

(a) Peserta Layak mestilah Ahli sedia ada BonusLink dan Kad BonusLink Peserta Layak mesti dileretkan sebelum Transaksi Minyak (seperti yang dinyatakan dalam 5(b)) dilakukan untuk diambil kira sebagai Penyertaan Sah; dan

(b) Peserta Layak mesti membeli sebarang minyak Shell di Stesen Shell berharga sekurang-kurangnya Ringgit Malaysia Tiga Puluh (RM30) dalam satu resit semasa Tempoh Peraduan.

Bagaimana penentuan pemenang?

1. Setiap hari sepanjang tempoh peraduan, seorang (1) akan dipilih sebagai pemenang dengan 92 calon menunggu (disenarai pendek)

2. Kalau korang adalah pemenang pada hari tersebut, pihak Bonus Link akan call korang jika korang tak angkat, pihak Bonus Link akan cuba lagi jika tak berangkat jugak akan di pass pada calon pemenang yang lain (yang 92 orang tadi), segitulah seterusnya. Jadi, once korang decide nak masuk peraduan ni, kena extra alert sikit ok?✌✌

3. Kemudian, pemenang yg disenarai pendek tadi akan di call untuk pengesahan identiti DAN mereka perlu menjawab dua (2) soalan berkaitan Shell atau bonus Link dengan BETUL ya guys sebelum diishtihar sebagai pemenang. Baca lah sikit2 pasal SHELL ni, contoh Shell pertama di mana, kad bonus link diperkenal tahun berapa, berapa cawangan SHELL di Malaysia, apa keistimewaan ahli bonus link..haaa...tu contoh admin bagi, lain yang ditanya nanti jangan ko marah admin pulak....☺

Bayaran untuk peserta yang LAYAK MENANG

(a) Fasa 1: Pemenang Harian dari 8 Oktober 2017 hingga 17 Oktober 2017 akan menerima
Bayaran Hadiah pada 31 Oktober 2017;
(b) Fasa 2: Pemenang Harian dari 18 Oktober 2017 hingga 31 Oktober 2017 akan menerima
Bayaran Hadiah pada 10 November 2017;
(c) Fasa 3: Pemenang Harian dari 1 November 2017 hingga 30 November 2017 akan menerima Bayaran Hadiah pada 15 Disember 2017; dan
(d) Fasa 4: Pemenang Harian dari 1 Disember 2017 hingga 7 Januari 2018 akan menerima Bayaran Hadiah pada 19 Januari 2018.

Maklumat lanjut sila ke : https://goo.gl/arBYWf

No Comment to " PERADUAN SHELL “MENANG RM5,000 HARI-HARI” "