Peraduan Semasa

Latest Posts
Browsing Category "tips"

Informasi: Mangapa ada peraduan tanpa POP?

- Sabtu, 23 Ogos 2014 No Comments

Salam juara!

Ada yang bertanya, mengapa ada peraduan tanpa POP? Biasanya peraduan sebegini dianjurkan oleh syarikat berbajet besar, yang baru memperkenalkan produk mereka/ atau organisasi sebagai salah satu metod kempen.

Apa Penganjur dapat?
Dari peraduan sebegini, anda sedia maklum tiada pembelian produk untuk mewajibkan penyertaan. Namun, terdapat maklumat besar yang diperoleh, dan tujuan utama bakal tercapai dengan penganjuran sebegini.

Faedah kepada penganjur adalah:-

  • Mendapat idea dari penyertaan. Sebahagian peraduan meminta idea kreatif, dan ada juga yang melakukan survey produk sebagai soalan.
  • Dapat memperkenalkan produk / kempen kepada peserta. jika hadiahnya lumayan, lebih kekal di hati peserta jenama yang diperkenalkan syarikat.
  • Jika pertandingan mensyaratkan anda mencuba sampel/ perkhidmatan sayarikat/ agensi-anda adalah prospek mereka. Jika 10% dari peserta menjadi pelanggan, ia pengenalan yang baik kepada produk penganjur.
 sebagai contoh, terdapat banyak agensi kerajaan menganjurkan peraduan bertemakan kemerdekaan dalam bulan ini.Salah satu tujuan adalah menyemai semangat patriotik dan hasil peraduan boleh ditonjolkan sebagai sumbangan kepada Malaysia.

Admin percaya, jika ada peraduan sebegini-jangan buang masa, sertai terus kerana pada fasa sebegini-syarikat/ organisasi menilai penyertaan berdasarkan kriteria penyertaan yang anda hantar-tanpa sebarang pengaruh POP.

3 Sebab anda perlu Baca Terma & Syarat

- Khamis, 20 Februari 2014 No Comments

Banyak soalan yang diajukan kepada kami via PM bertanyakan klu untuk menang. Kami menjawabnya dengan merujuk kepada pengalaman terdahulu dan sudah tentu, jawapan turut dipandu oelh Terma & Syarat.

Tujuan
Tujuan terma & syarat sebagai penetapan dan pematuhan kepada undang-undang tentang peraduan yang dianjurkan. Ia berguna ketika ada bantahan atau pertanyaan dari peserta. biasanya, bantahan minima dikenakan kerana terdapat terma 'keputusan adalah muktamat'.

Terma dan syarat menyelamatkan penganjur dari terjebak dari tuntutan diluar jangkaan oleh peserta. Apabila hal ini berlaku, penganjur menyemak terma dalam mendepani tuntuan peserta. Malah, mereka sedia menuruti kehendak peserta kerana peserta masih prospek atau pengguna produk mereka.

Namun, tahukah anda walaupun keputusan adalah muktamad, anda masih boleh membantah dan menggunakan khidmat guaman. Ini diakui sendiri secara lisan oleh seorang pengamal perundangan. Walaubagaimanapun, biasanya kita tidak bertindak sedemikian melainkan punyai sebab yang kukuh.

Ia juga menyelamatkan penganjur dari dikenakan tindakan apabila iklan peraduan digambarkan dengan keindahan mega, 'too good to be true'. Disebalik iklan yang'gempak' akan ada tulisan kecil *tertakluk kepada terma & syarat.
Contohnya iklan: Menangi RM300'000 Tunai Hanya Dengan Membuat Panggilan Kepada Mereka yang Tersayang! *Tertakluk kepada terma & Syarat.
Paling penting, tujuannya adalah semua pihak, sama ada pengajur atau peserta tertakluk kepada 1 ketetapan sahaja dalam keseluruhan proses peraduan. bermula dari hantar penyertaan, pemilihan pemenang hinggalah kepada tarikh dan bagaimana pemenang dimaklumkan tentang kemenangan atau apa yang terjadi jika hadiah tidak dituntut (jika berkaitan).

Sebab-sebab anda perlu baca terma & syarat.
1.Tahu bagaimana nak menang!
Ia sebab paling mustahak. Ada sesetengan terma & syarat menceritakan bagaimana cabutan pemenang dibuat. Jika disertakan tarikh atau langkah mereka memilih pemenang, anda boleh gunakan beberapa trik mudah untuk menang, dan ia trik biasa dilakukan oleh ahli peraduan (mereka yang sering menyertai peraduan). 

2.Tidak melanggar syarat.
patuh kepada syarat membuatkan potensi menang meningkat. Jika anda melangggar terma, sudah tentu penyertaan anda tidak dikira, walaupun sudah banyak menghantar penyertaan.

3.Tahu kehendak penganjur
Biasanya ia berbentuk ayat tersirat. Sebagai contoh, produk kamera yang memerlukan anda menerangkan ciri inovatifnya, ia menggunakan ayat 'kongsikan bagaimana produk kami membantu melancarkan tugas anda walaupun sebagai pengguna amatur.'
Perbualan dengan pemenang hadiah gajet kamera membuktikan formula ini berkesan kerana penganjur juga secara halusnya mahukan maklum balas dari pengguna produk mereka yang berpuas hati. Ini secara 'ghaib' menjawab soalan penganjur: 'Kenapa anda berpuashati semasa menggunakan kamera kami?" 
Relevan dibelek
Ia satu dokumen mesti baca jika anda bermatlamat untuk menjuarai pertandingan. Ia fundamental kepada ahli pertandingan. Selepas ini, jika anda mahu bertanyakan tentang bagaimana nak menang di FB kami, kami akan kongsikan juga maklumat di luar sumber terma & Syarat.

Jangan lupa baca terma & syarat, kerana akibat membacanya sangat berbaloi!

Ciri-ciri Peraduan dengan hadiah lumayan

- Ahad, 16 Februari 2014 No Comments

Peraduan dengan hadiah lumayan merupakan antara acara yang dinanti penggiat peraduan di serata dunia. Bersesuaian dengan nilai hadiah yang besar, strategi peserta juga pelbagai.

Bagi anda yang baru menyertai pertandingan sebegini dalam tempoh terdekat, anda mungkin merasai bahangnya. Sudah tentu, dengan tawaran hadiah yang sedemikian, perasaan membuak-buak setiap kali menghantar penyertaan atau diumumkan sebagai pemenang.

Terdapat beberapa ciri peraduan sebegini. Antaranya adalah ia berlangsung tidak sekerap peraduan untuk kempen promosi tertentu. Sekali-sekala pasti kedengaran peraduan dengan hadiah utama sebuah rumah semi-D, dan sering pula kita dengar hadiah dengan kupon jenama barang.

Tempoh penganjuran yang lama
Biasanya, peraduan sebegini berlangsung dalam tempoh yang lama. Ia bermuala dari sesingkat 1 bulan malah, ada yang berlanjutan beberapa siri sehingga setahun.Ini bersesuaia dengan jumlah penyertaan dan penganjur mahu pastikan mereka yang menepati kriteria sebagai pemenang saja yang layak.

Beserta POP
Bagi menjadikan peraduan mendapat timbal balik kepada penganjur, selalunya peraduan sebegini memerlukan Proof of Purchase. Ia sebagai jaminan bahawa peserta layak menghantar borang penyertaan kerana sah sebagai pengguna produk penganjur. Dalam tempoh ini,volume produk penganjur pastinya meningkat kerana pembelian untuk menyertai peraduan.
Jawapan sederhana sukar
Jawapan yang dikehendaki peserta jawab biasanya senang, dan paling tidak pun sederhana sukar. Malah, terdapat beberapa penganjur yang tidak mensyaratkan menjawab soalan, hanya menggunakan servis atau produk mereka sekerap yang mungkin.

Mengapa penganjur menyediakan peraduan dengan hadiah lumayan?
Pihak penganjur adakalanya memasukkan pelaksanaan peraduan sebagai strategi pengukuhan jenama mereka. 
Dengan menganjurkan peraduan, bilangan pengguna yang mencuba produk mereka meningkat. Dari bilangan ini, peratusan yang berpuas hati dengan produk mereka kemungkinan bertambah dan ini menjadikan jenama mereka kukuh di hati pengguna.
Apapun perancangan penganjur, dengan pengetahuan yang tepat tentang produk dan memahami terma dan syarat, anda dapat merebut pelung memperoleh hadiah utama yang mereka tawarkan. Jadi setiapkali ada peraduan lumayan, pastikan anda kuasai product knowledge & TOC penganjur.

p:s: 6 inci, mampu milik & powerfull!

Pengumuman: Peraduan Malaysia kini dengan Tip Senang Menang

- Rabu, 17 Julai 2013 No Comments
Salam sejahtera!


Kini kami menyediakan 'Tip senang Menang' pada artikel peraduan. Tip ini diestrak dari syarat penyertaan yang kami perolehi. Anda juga boleh senang menang dengan teliti syarat penyertaan terutamanya pada bahagian 'Bagaimana peraduan berkenaan menentukan pemenang'

Kami tidak bertanggungjawab kepada kemenangan anda dan penyertaan adan dalam peraduan di blog kami. Kami juga menyediakan  tip senang menang tertakluk pada syarat. 

Perhatian: Jika terdapat sebahagian syarat peraduan yang tidak menjelaskan perkara ini atau syarat yang ketat dan rumit, kami tidak menyiarkan tip ini.

3 Ciri Asas Peraduan yang Boleh Anda Juarai

- Jumaat, 24 Jun 2011 No Comments
Bagaimana memenangi peraduan dengan mudah? Ia bukan sekadar nasib atau cuba-cuba. ia mempunyai strategi mudah dan praktikal yang mampu anda praktikkan.


Sebelum menyertai sebarang peraduan selepas ini, pastikan peraduan tersebut memiliki sekurang-kurangnya 1 ciri seperti berikut:- 
  • Menawarkan banyak hadiah sampingan (consolation prize) 
Di samping hadiah utama yang lumayan, penganjur juga menawarkan barisan hadiah lain yang tak kurang hebatnya. Ini meningkatkan peluan anda untuk memenangi hadiah yang ditawarkan.

Peluang memenangi hadiah menjadi semakin besar, dan ini hanya mungkin pada peraduan yang menawarkan hadiah yang banyak.
  • Tempoh penyertaan yang pendek.
Hal ini memberi kelebihan kepada anda untuk menumpukan kepada penyertaan pertandingan tersebut. Rasionalnya,lebih pendek tempoh penganjuran pertandingan, makin kurang peserta yang tahu peraduan tersebut.
  • Peraduan yang tertumpu pada kebolehan anda
Terdapat ribuan pertandingan dengan syarat yang pelbagai. Jika anda berkemampuan, tumpukan kepada peraduan yang memerlukan bukti pembelian dan hantarkan seberapa banyak penyertaan. Dalam tahun ini (2011) seorang peserta pertandingan anjuran 7 Eleven berjaya membawa pulang Mazda 2 hanya dengan menghantar penyertaan selama 4 minggu.


Jika ia memerlukan kemahiran tertentu,tumpukan kepada kemahiran tersebut dan hantar penyertaan anda setelah anda melengkapkan penyertaan yang terbaik.

Elakkan peraduan dengan ciri berikut:-
  • Mempunyai ramai peserta.
Kebiasaanya peraduan sebegini adalah peraduan dengan syarat otomatik seperti sesiapa yang membeli barangan tertentu secara otomatik menjadi peserta. Juga pertandingan yang tempoh penyertaannya terlalu panjang sehingga 5 bulan. ia menggalakkan penyertaan. peluang untuk anda menang semakin nipis, melainkan anda mengamalkan strategi lain untuk menang.
  • Memerlukan tugasan yang banyak
terdapat juga peraduan yang mensyaratkan anda melakukan lebih dari 5 aktiviti. Lebih parah lagi jika aktiviti tersebut melibatkan kos seperti pembelian barangan tertentu. Dikhuatiri syarat sebegini adalah sebagai strategi melonjak pasaran atau memudahkan pihak penganjur memberi alasan kepada kemenangan seseorang adalah muktamad dan tidak boleh dipertikai kerana starat yang pelbagai.
  • Menggunakan medium iklan elektronik
Anda masih boleh memenangi peraduan sebegini, melainkan anda seorang peserta professional dengan pelbagai strategi kemenangan. Lumrah pertandingan yang diiklankan di kaca TV atau radio menarik penyertaan yang besar, dan tentunya saingan semakin sengit!.