Peraduan Semasa

Latest Posts
Browsing Category "PERADUAN HADIAH LUMAYAN"

NTPM: Peraduan NTPM Send & Win Contest (Jawapan ada di dalam)

- Jumaat, 28 Ogos 2015 No Comments

Durasi: 1 .8. 2015 - 31.9.2015.

Inilah antara peraduan yang admin cari. Kita akan lihat banyak sebab kenapa anda perlu sertainya. Sebab paling utama adalah promosi dan capaian sumber yang terhad.

NTPM (Nibong Tebal Paper Mill) adalah pengeluar produk seperti tisu, lampin pakai buang dan produk berteraskan pulpa pokok (bahan utama pemprosessan kertas)

Promosi: Ia kelihatan masih kurang jika dibandingkan dengan peraduan yang lain, yang lebih kencang promosinya.

Capaian sumber: cuba anda layari webnya, anda perlu meneroka dan membaca peraduannya, dan kebanyakan peserta yang suka-suka tidak menyukai 'kesusahan' ini.

Hadiah:
1 x Toyota Camry Hybrid,
5 x  baucar pelancangan bernilai RM15,000 & RM5,000 tunai,
100 x iPhone 6,
& 250 tunai bernilai RM1,000

100 x iphone untuk dimenangi!!!<- besar peluang anda..,

Camry Hibrid x 1 untuk pelanggan bertuah NUTP (andalah pelanggan itu- anda ada bukti pembelian NUTP kan?)

Bagaimana nak sertai?
  1. Beli produk NTPM bernilai RM20 dan ke atas.rujuk produk NUTP di sini
  2. wajib: Download borang di http://www.ntpm.com.my/download/40thContestForm.pdf
  3. Tandakan ✔  pada 2 soalan mudah (Jawapan: 1.Diapex  | 2. True )
  4. Sertakan bukti pembelian dan poskan
     
Iphone tu, mudah-mudah saja jika anda hantar penyertaan, nama anda akan terpilih...jika penyertaan masih tidak ramai, lebih besar peluang anda!

Mudah bukan? Cepat sertai! tambahan pula, peserta peraduan yang biasa-biasa akan berasa leceh dan susah untuk mengepos penyertaan mereka.Ini menambahkan peluang anda untuk menang!

Acer: Peraduan Why Not Win A Mazda Contest

- Khamis, 6 Ogos 2015 No Comments


Durasi: 15 Julai 2015 – 31 September 2015

Hadiah:
  • UTAMA: Mazda 3 2.0 Bernilai RM109,341
  • Kedua: Full HD TV 55" branded (RM 4500)
  • Ke-3: Go-Pro Hero 4 (RM1800)
  • Ke-4: Acer iconia Tab 8 (RM529)

Bagaimana nak sertai?


1. Beli Produk Acer di bawah siri Aspire. COntoh model yang layak adalah Switch 10, Switch 10E dan Switch 12. Ada 5 siri dan model lain lagi yang melayakkan penyertaan anda.

2. Klik sini (atau copy&paste : https://www.facebook.com/AcerMalaysia/app_1612909182330228?ref=page_internal) untuk ke soalan cari perkataan mereka. Cari perkataan Acer, Why Not & Intel

3. Isi borang dan hantar penyertaan atau; poskan jawapan ke alamat:-
Why Not Win A Mazda Program Centre
c/o Apostrophe Marketing Communication Sdn Bhd
36-1, Jln PJU8/ 5B, Bandar Damansara Perdana,
47820 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan,
Malaysia. 

Jawab soalan dengan betul semasa menerima maklumbalas dari penganjur, dan sediakan semua bukti pembelian semasa menebus hadiah anda.


https://www.facebook.com/AcerMalaysia/app_1612909182330228?ref=page_internal.

Antabax: Pertandingan Tepukan Kesihatan Kebangsaan 2015 (CLAP For Health 2015)

- Khamis, 28 Mei 2015 No Comments

Antabax rangkaian produk penjagaan diri antibakteria yang dipercayai dan inovatif, sekali lagi memperkenalkan inovasi dalam mendidik dan memberi kesedaran mengenai kebersihan dengan memperkenalkan satu inisiatif kesedaran dan pendidikan dengan Pertandingan CLAP 2015/ Tepukan Kesihatan.

Pertandingan ini bertujuan menggalakkan peserta mendalami teori dan amalan kebersihan diri melalui irama, pergerakan dan penghafalan tujuh langkah mencuci tangan. Kajian mendapati sesuatu perbuatan perlu dilakukan berulang kali untuk menjadi tabiat. 

Pertandingan CLAP membantu membina Muscle Memory, melalui perbuatan yang berulang kali mengikut irama.

Hadiah-Hadiah Menarik Menanti Anda!

Pemenang hadiah utama untuk setiap kategori akan menerima:-
3) 1x hadiah utama wang tunai bernilai RM5,000 berserta hamper produk Antabax dan sijil penyertaan
4) 1x tempat ke-2 wang tunai bernilai RM2,000 berserta hamper produk Antabax dan sijil penyertaan
5) 1x tempat ke-3 wang tunai bernilai RM1,000 berserta hamper produk Antabax dan sijil penyertaan

Jumlah hadiah tunai keseluruhan pertandingan bernilai  RM32,000 !!

Terma dan Syarat
1) Pertandingan ini dibuka kepada penduduk Malaysia,berumur 7 tahun (kategori sekolah) dan keatas, kecuali staff Lam Soon Edible Oils Sdn Bhd dan agensi berkaitan termasuk ahli keluarga terdekat.

2) Pertandingan bermula Mei 7, 2015 hingga Julai 31, 2015. Penyertaan yang diterima selepas tarikh penutupan adalah tidak layak. Talian undian akan dibuka sehingga seminggu selepas tarikh penyertaan berakhir iaitu Ogos 7, 2015 

Anda nak menang pertandingan ini? Penting: Klu dari penganjur
Penganjur dengan jelas dan bermurah hati menyatakan klu mereka. Disini dikongsikan klunya:-

Penting! Sila Baca
6) Sekiranya dua peserta mengemukakan video yang sama (identical), pihak penganjur akan menyiasat dan sekiranya tidak dapat dipastikan siapa pemilik asal karya, penyertaan kedua-dua peserta akan dibatalkan.

7) Dilarang menggunakan sebarang instrumen muzik seperti piano, guitar, keyboard atau music minus-1. Bunyi hanya boleh dihasilkan menggunakan tangan, kaki, suara, atau objek lain seperti botol Antabax, cawan dan lain-lain selain alat muzik konvensional. Peserta dikehendaki menggunakan perkusi (Percussion) di dalam video yang dihasilkan. 

8) Penyertaan boleh dilakukan secara individu atau berkumpulan dan tiada had maksimum jumlah peserta didalam satu kumpulan.

9) Peserta perlu melakukan pergerakan, memakai pakaian, dan lagu yang sopan. 

10) Video tidak mempunyai sebarang visual, muzik atau lirik yang dilarang, perkataan kesat, lucah atau tidak sesuai yang boleh menyentuh isu-isu sensitif yang boleh menggangu keharmonian masyarakat, agama, kaum, negara, jantina (i.e sexist).

Baik klu dah kami tahu, sekarang...

Bagaimana untuk Menyertai
11) Untuk menyertai pertandingan ini, peserta perlu ‘LIKE’ Laman Facebook Antabax.
12) Peserta perlu menghasilkan video sepanjang seminit (1 minit).  30 saat pertama peserta Wajib menggunakan lagu Tema Gosok-gosok Antabax dan  30 saat kedua, peserta boleh memilih sebarang lagu pilihan dan memuat naik video tersebut ke laman Facebook Antabax (https://www.facebook.com/NewAntabax)

(Pssstttt....penganjur kongsi tip menang lagi!)

--> Maklumat mengenai Video pertandingan

13) Persembahan yang dihasilkan hendaklah mengikut irama lagu Tema Gosok-gosok Antabax (30saat) dan satu lagi lagu yang dipilih (30 saat). 

14) Video hendaklah didalam format MP4 bersaiz tidak lebih dari 25mb dan wajah peserta hendaklah kelihatan di dalam video tersebut.

Untuk maklumat lanjut boleh layari ke: https://www.facebook.com/NewAntabax

Petronas: Peraduan Moto Idaman Contest

- Khamis, 19 Februari 2015 No Comments

Tempoh: 1 .1.2015 - 30.3.2015

Petronas kini hadir dengan peraduan lumayan 2015. Ia untuk tempoh suku tahun 2015 ini. Peluang kemenangan semakin besar kerana terdapat lebih 200++ hadiah anda menangi!

Hadiah:
228 hadiah untuk dimenangi:-
a. Hadiah Utama: 2 unit X Motorsikal Yamaha XJ6
b. Hadiah Pertama: 6 unit X Motorsikal Yamaha Lagenda 115ZR
c. Hadiah Kedua: 20 unit X iPad Mini 16GB Edisi Wi-Fi
d. Hadiah Ketiga: 200 unit x Barangan Eksklusif PETRONAS

Bagaimana nak sertai?
1. Beli mana-mana PETRONAS Syntium Moto atau PETRONAS Sprinta produk yang terpilih semasa Tempoh Peraduan. Pelekat akan diberikan atas setiap pembelian yang layak.

2. Gores pelekat untuk mendedahkan Nombor Kod unik (No. Kod).

3. Hantar SMS ke nombor yang diberikan pada pelekat dalam format berikut:
Taip MOTOIDAMAN <jarak> NOMBOR KOD <jarak> No. KP <jarak> NAMA PENUH dan hantar ke 37770

Contoh: MOTOIDAMAN P3-330-0001 671224052677 ALI BIN ABU

Peserta akan menerima satu SMS jawapan.

4. Lengkapkan slogan "Saya memilih PETRONAS Syntium Moto / Sprinta kerana ..." dalam tidak lebih daripada 140 aksara dengan menghantar SMS ke nombor yang disediakan dalam format berikut:

Taip: MOTO<jarak>NOMBOR KOD<jarak> SLOGAN dan hantar ke 37770

Peserta akan menerima SMS sebagai pengesahan penyertaan.

Ayuh sertai peraduan ini. Lagi nayak penyertaan, lagi tinggi peluang anda memenangi kerana pemilihan pemenang dilakukan semasa tamat tempoh dan menggunakan formlua hadiah bahagi jumplah penyertaan.

Jom baca terma disini atau terus ke link ini--> http://www.mymesra.com.my/assets/contentMS/pdf/PETRONAS_MotoIdaman_TnC_Eng.pdf

Ciri-ciri Peraduan dengan hadiah lumayan

- Ahad, 16 Februari 2014 No Comments

Peraduan dengan hadiah lumayan merupakan antara acara yang dinanti penggiat peraduan di serata dunia. Bersesuaian dengan nilai hadiah yang besar, strategi peserta juga pelbagai.

Bagi anda yang baru menyertai pertandingan sebegini dalam tempoh terdekat, anda mungkin merasai bahangnya. Sudah tentu, dengan tawaran hadiah yang sedemikian, perasaan membuak-buak setiap kali menghantar penyertaan atau diumumkan sebagai pemenang.

Terdapat beberapa ciri peraduan sebegini. Antaranya adalah ia berlangsung tidak sekerap peraduan untuk kempen promosi tertentu. Sekali-sekala pasti kedengaran peraduan dengan hadiah utama sebuah rumah semi-D, dan sering pula kita dengar hadiah dengan kupon jenama barang.

Tempoh penganjuran yang lama
Biasanya, peraduan sebegini berlangsung dalam tempoh yang lama. Ia bermuala dari sesingkat 1 bulan malah, ada yang berlanjutan beberapa siri sehingga setahun.Ini bersesuaia dengan jumlah penyertaan dan penganjur mahu pastikan mereka yang menepati kriteria sebagai pemenang saja yang layak.

Beserta POP
Bagi menjadikan peraduan mendapat timbal balik kepada penganjur, selalunya peraduan sebegini memerlukan Proof of Purchase. Ia sebagai jaminan bahawa peserta layak menghantar borang penyertaan kerana sah sebagai pengguna produk penganjur. Dalam tempoh ini,volume produk penganjur pastinya meningkat kerana pembelian untuk menyertai peraduan.
Jawapan sederhana sukar
Jawapan yang dikehendaki peserta jawab biasanya senang, dan paling tidak pun sederhana sukar. Malah, terdapat beberapa penganjur yang tidak mensyaratkan menjawab soalan, hanya menggunakan servis atau produk mereka sekerap yang mungkin.

Mengapa penganjur menyediakan peraduan dengan hadiah lumayan?
Pihak penganjur adakalanya memasukkan pelaksanaan peraduan sebagai strategi pengukuhan jenama mereka. 
Dengan menganjurkan peraduan, bilangan pengguna yang mencuba produk mereka meningkat. Dari bilangan ini, peratusan yang berpuas hati dengan produk mereka kemungkinan bertambah dan ini menjadikan jenama mereka kukuh di hati pengguna.
Apapun perancangan penganjur, dengan pengetahuan yang tepat tentang produk dan memahami terma dan syarat, anda dapat merebut pelung memperoleh hadiah utama yang mereka tawarkan. Jadi setiapkali ada peraduan lumayan, pastikan anda kuasai product knowledge & TOC penganjur.

p:s: 6 inci, mampu milik & powerfull!