Peraduan Semasa

Latest Posts
Browsing Category "infomasi peraduan"

Nak Beli belah Free di TESCO?

- Rabu, 21 Disember 2016 No Comments
Peraduan-tesco-supermarket-sweep daripada NESTLE
 contest

Salam Pemburu Hadiah Sekalian,
Nak beli belah secara percuma di TESCO? Jom kita tengok peraduan terbaru daripada Nestle ni. Peraduan-tesco-supermarket-sweep.
Peraduan akan diadakan dari 08/12/2016 hingga 01/02/2017

>>>Penting<<<
Untuk menyertai Peraduan, Peserta mesti membeli mana-mana produk NESTLÉ yang turut serta bernilai sekurang-kurangnya Ringgit Malaysia Tiga Puluh Lapan [RM38] KECUALI semua susu formula bayi NESTLÉ dan produk Dolce Gusto, dalam satu resit bercetak dari mana-mana gedung TESCO yang turut serta sepanjang Tempoh Peraduan.
Satu resit bercetak TESCO yang asal mesti menunjukkan produk NESTLÉ turut serta yang dibeli, dengan jumlah pembelian, nama gedung, nombor resit dan tarikh pembelian dinyatakan dengan jelas
pada resit bercetak.

Langkah demi langkah:
Setiap penyertaan Peraduan mesti mengandungi kod penting – NESTLE, diikuti dengan [#],
nombor resit TESCO (nombor 16 angka penuh yang ditunjukkan di bahagian bawah resit TESCO), diikuti dengan [#],
nama penuh, diikuti dengan [#],
nombor kad pengenalan diikuti dengan [#],
jumlah pembelian produk NESTLÉ
[“Butir-Butir Dikehendaki”].
Butir-Butir Dikehendaki mesti ditaip dalam satu [1] baris dan dikemukakan/dihantar melalui WhatsApp ke
016-7476813.
Contoh WhatsApp:
NESTLE#0504601817239603#LEE AH MOY#970101015202#RM41.20

Hadiah-hadiah
👉Hadiah Utama (8X): Setiap Peserta Layak akan “sweep” barangan runcit bernilai sehingga maksimum Ringgit Malaysia Tiga Ribu Lapan Ratus dan Lapan Puluh Lapan [RM3,888] sahaja.

👉Hadiah Saguhati (10X): Setiap Peserta Layak akan “sweep” barangan runcit bernilai sehingga maksimum Ringgit Malaysia Satu Ribu Lapan Ratus dan Lapan Puluh Lapan [RM1,888] sahaja.

Maklumat Lanjut sila ke laman web Rasmi Nestle

Geran Untuk Usahawan Muda Bumiputera bernilai RM500,000

- Ahad, 11 September 2016 No Comments
Salam Para Usahawan Muda Sekalian...


Laman web Teraju
Seruan untuk para usahawan muda 40 tahun kebawah untuk anda semua mengikuti pertandingan pitching idea perniagaan yang berdaya maju. Skim Usahawan Permulaan Bumiputera atau nama ringkasnya SUPERB kelolaan Teraju (Unit Peneraju Agenda Bumiputera) telah dibuka permohonannya, membolehkan usahawan berstatus Bumiputera memperoleh dana RM 500,000. peserta untuk memberikan pitching dengan memuatnaik video pitching idea perniagaan mereka yang tidak melebihi 2 minit dan mempunyai saiz kurang dari 300MB. Video tersebut perlu dimuatnaik pada halaman yang disediakan mereka, dan akan diadili oleh panel pakar Teraju. Peraduan berakhir 16 Sept 2016!!cepat gaisss....

KRITERIA KELAYAKAN :

   ++ Bumiputera Malaysia yang berumur antara 18 hingga 40 tahun
   ++ Pemohon individu, ATAU syarikat yang beroperasi kurang dari 3 tahun
   ++ Syarikat pemohon mesti dimiliki oleh Bumiputera Malaysia sekurang-kurangnya 60%
   ++ Majoriti pengarah dan pengurusan syarikat adalah Bumiputera Malaysia
    Usahawan muda yang inovatif atau usahawan yang mencari peluang kedua


SEMUA PEMOHON MESTI MENGHANTAR :

1) Borang permohonan yang lengkap di isi atas talian di Laman web rasmi TERAJU
2) Video pembentangan “elevator pitch video” untuk membentangkan idea perniagaan (durasi video tidak melebihi 120 saat)

GARIS PANDUAN VIDEO PEMBENTANGAN (ELEVATOR PITCH VIDEO) :

Dua unsur video pembentangan yang baik:

1) Huraikan masalah/ keperluan yang cuba anda selesaikan melalui idea perniagaan anda
2) Bagaimana anda hendak menyelesaikan masalah/ keperluan tersebut melalui idea perniagaan anda

Video pembentangan perlulah :

1) Ringkas
2) Mudah difahami
3) Menghuraikan bagaimana ia akan menjana pendapatan
4) Mantap

Maklumat lanjut sila ke laman web TERAJU SUPERB

Peraduan Esei Kemerdekaan 1Malaysia

- Selasa, 30 Ogos 2016 1 Comment
PeraduanBestari


Kategori A (7-12 tahun)

    - Tema esei bertajuk ‘Saya Anak Malaysia.’
    - Panjang esei tidak lebih daripada 350 patah perkataan.
    - Esei yang dihantar mestilah asli dan bukan diciplak daripada mana-mana sumber
    - Setiap penyertaan perlu sampai kepada pihak juri sebelum atau pada 20/9/2016
    - Keputusan juri adalah muktamad.

Kategori B (13-17 tahun)

    - Tema esei bertajuk ‘Menghayati Erti Sebenar Kemerdekaan.’
    - Panjang esei tidak lebih daripada 500 patah perkataan.
    - Esei yang dihantar mestilah asli dan bukan diciplak daripada mana-mana sumber.
    - Setiap penyertaan perlu sampai kepada pihak juri sebelum atau pada 20/9/2016.
    - Keputusan juri adalah muktamad.

Kategori C (Terbuka)

    - Tema esei bertajuk ‘58 Tahun Membina Pembangunan 1Malaysia.’
    - Panjang esei tidak lebih daripada 1000 patah perkataan.
    - Esei yang dihantar mestilah asli dan bukan diciplak daripada mana-mana sumber.
    - Setiap penyertaan perlu sampai kepada pihak juri sebelum atau pada 20/9/2016
    - Keputusan juri adalah muktamad.

Maklumat lanjut sila ke website GPSBestari sekarang...

Informasi: Mangapa ada peraduan tanpa POP?

- Sabtu, 23 Ogos 2014 No Comments

Salam juara!

Ada yang bertanya, mengapa ada peraduan tanpa POP? Biasanya peraduan sebegini dianjurkan oleh syarikat berbajet besar, yang baru memperkenalkan produk mereka/ atau organisasi sebagai salah satu metod kempen.

Apa Penganjur dapat?
Dari peraduan sebegini, anda sedia maklum tiada pembelian produk untuk mewajibkan penyertaan. Namun, terdapat maklumat besar yang diperoleh, dan tujuan utama bakal tercapai dengan penganjuran sebegini.

Faedah kepada penganjur adalah:-

  • Mendapat idea dari penyertaan. Sebahagian peraduan meminta idea kreatif, dan ada juga yang melakukan survey produk sebagai soalan.
  • Dapat memperkenalkan produk / kempen kepada peserta. jika hadiahnya lumayan, lebih kekal di hati peserta jenama yang diperkenalkan syarikat.
  • Jika pertandingan mensyaratkan anda mencuba sampel/ perkhidmatan sayarikat/ agensi-anda adalah prospek mereka. Jika 10% dari peserta menjadi pelanggan, ia pengenalan yang baik kepada produk penganjur.
 sebagai contoh, terdapat banyak agensi kerajaan menganjurkan peraduan bertemakan kemerdekaan dalam bulan ini.Salah satu tujuan adalah menyemai semangat patriotik dan hasil peraduan boleh ditonjolkan sebagai sumbangan kepada Malaysia.

Admin percaya, jika ada peraduan sebegini-jangan buang masa, sertai terus kerana pada fasa sebegini-syarikat/ organisasi menilai penyertaan berdasarkan kriteria penyertaan yang anda hantar-tanpa sebarang pengaruh POP.