Peraduan Semasa

Latest Posts

Istilah Peraduan: POP

- Sabtu, 31 Ogos 2013 No Comments


POP
Proof of Purchase. Contohnya resit pembelian,  kupon pembelian, kod bar produk atau seperti yang dinyata dalam terma dan syarat peraduan.

Pastikan POP anda jelas, dapat dikesan produk yang berkaitan yang anda beli bagi melayakkan penyertaan. Nak potensi menang, hi-litekan detail pembelian.  Anda memudahkan urusan penganjur, dan ia boleh mempengaruhi keputusan kerana anda menunjukka kesungguhan untuk menang.

Pengumuman: Peraduan Malaysia kini dengan Tip Senang Menang

- Rabu, 17 Julai 2013 No Comments
Salam sejahtera!


Kini kami menyediakan 'Tip senang Menang' pada artikel peraduan. Tip ini diestrak dari syarat penyertaan yang kami perolehi. Anda juga boleh senang menang dengan teliti syarat penyertaan terutamanya pada bahagian 'Bagaimana peraduan berkenaan menentukan pemenang'

Kami tidak bertanggungjawab kepada kemenangan anda dan penyertaan adan dalam peraduan di blog kami. Kami juga menyediakan  tip senang menang tertakluk pada syarat. 

Perhatian: Jika terdapat sebahagian syarat peraduan yang tidak menjelaskan perkara ini atau syarat yang ketat dan rumit, kami tidak menyiarkan tip ini.

Pengumuman

- Rabu, 10 Julai 2013 No Comments
Pihak kami banyak membuat update peraduan di facebook kami. Untuk mendapatkan update peraduan terkini dan pantas sila like page Facebook kami. Terima Kasih.

Peraduan Klasik

- Jumaat, 1 Februari 2013






    Loading...

    3 Ciri Asas Peraduan yang Boleh Anda Juarai

    - Jumaat, 24 Jun 2011 No Comments
    Bagaimana memenangi peraduan dengan mudah? Ia bukan sekadar nasib atau cuba-cuba. ia mempunyai strategi mudah dan praktikal yang mampu anda praktikkan.


    Sebelum menyertai sebarang peraduan selepas ini, pastikan peraduan tersebut memiliki sekurang-kurangnya 1 ciri seperti berikut:- 
    • Menawarkan banyak hadiah sampingan (consolation prize) 
    Di samping hadiah utama yang lumayan, penganjur juga menawarkan barisan hadiah lain yang tak kurang hebatnya. Ini meningkatkan peluan anda untuk memenangi hadiah yang ditawarkan.

    Peluang memenangi hadiah menjadi semakin besar, dan ini hanya mungkin pada peraduan yang menawarkan hadiah yang banyak.
    • Tempoh penyertaan yang pendek.
    Hal ini memberi kelebihan kepada anda untuk menumpukan kepada penyertaan pertandingan tersebut. Rasionalnya,lebih pendek tempoh penganjuran pertandingan, makin kurang peserta yang tahu peraduan tersebut.
    • Peraduan yang tertumpu pada kebolehan anda
    Terdapat ribuan pertandingan dengan syarat yang pelbagai. Jika anda berkemampuan, tumpukan kepada peraduan yang memerlukan bukti pembelian dan hantarkan seberapa banyak penyertaan. Dalam tahun ini (2011) seorang peserta pertandingan anjuran 7 Eleven berjaya membawa pulang Mazda 2 hanya dengan menghantar penyertaan selama 4 minggu.


    Jika ia memerlukan kemahiran tertentu,tumpukan kepada kemahiran tersebut dan hantar penyertaan anda setelah anda melengkapkan penyertaan yang terbaik.

    Elakkan peraduan dengan ciri berikut:-
    • Mempunyai ramai peserta.
    Kebiasaanya peraduan sebegini adalah peraduan dengan syarat otomatik seperti sesiapa yang membeli barangan tertentu secara otomatik menjadi peserta. Juga pertandingan yang tempoh penyertaannya terlalu panjang sehingga 5 bulan. ia menggalakkan penyertaan. peluang untuk anda menang semakin nipis, melainkan anda mengamalkan strategi lain untuk menang.
    • Memerlukan tugasan yang banyak
    terdapat juga peraduan yang mensyaratkan anda melakukan lebih dari 5 aktiviti. Lebih parah lagi jika aktiviti tersebut melibatkan kos seperti pembelian barangan tertentu. Dikhuatiri syarat sebegini adalah sebagai strategi melonjak pasaran atau memudahkan pihak penganjur memberi alasan kepada kemenangan seseorang adalah muktamad dan tidak boleh dipertikai kerana starat yang pelbagai.
    • Menggunakan medium iklan elektronik
    Anda masih boleh memenangi peraduan sebegini, melainkan anda seorang peserta professional dengan pelbagai strategi kemenangan. Lumrah pertandingan yang diiklankan di kaca TV atau radio menarik penyertaan yang besar, dan tentunya saingan semakin sengit!.