Peraduan Semasa

Latest Posts
Browsing Category "senang menang"

Kuasai Kesegaran Dengan Rexona dan CLEAR

- Khamis, 8 Disember 2016 No Comments
R&C

Salam warga peraduanmalaysia,

Hari ni admin nak share peraduan gabungan meletop antara Rexona dan CLEAR iaitu peraduan Kuasai kesegaran dengan Rexona dan CLEAR.
Peraduan Bermula 1 Dec sehingga 30 Dec 2016.

Macam mana nak join?
 

Beli
Pek Rexona / Clear bernilai RM15

Jawab
jawab (2) soalan mudah
1) Adakah Rexona memberikan anda 0% peluh dan kesan (Ya / Tidak)
2) Adakah CLEAR memberikan anda tiada kelemumur dan minyak? (ya / Tidak)

MMS/ Whatsapp
Hantar jawapan yang betul bersama nama, no MyKAD bersama gambar resit pembelian ke 011-2629 2160. Peserta akan mendapat balasan mesej melalui aplikasi WhatsApp dalam tempoh 72 jam (hari bekerja). Jawab YA/TIDAK kepada mesej Notis Privasi yang akan diberikan oleh pihak Penganjur dan sertakan butiran peribadi seperti Nama Penuh, No. Kad Pengenalan, Alamat Penuh dan E-Mel.

HADIAH
Anda berpeluang memenangi hadiah keseluruhan bernilai sehingga RM100,000!!
R&C

HADIAH MINGGUAN & PENEBUSAN
Hadiah Utama Peraduan:
Samsung S7 Edge x 4 pemenang

Hadiah Utama Harian:
Casio G Shock GA110 x 2 pemenang setiap hari (44 pemenang keseluruhan)

Hadiah Kedua Harian:
Ray-Ban Wayfarer x 2 pemenang setiap hari (44 pemenang keseluruhan)

Hadiah Ketiga Harian:
Baucar tunai bernilai RM100 x 6 pemenang setiap hari (136 pemenang keseluruhan)

Hadiah Saguhati Harian:
Hamper Rexona Clear bernilai RM50 x 10 pemenang setiap hari (220 pemenang keseluruhan)

**Setiap Pemenang yang terpilih hanya berhak memenangi satu (1) Hadiah peraduan sahaja (yang mana nilai yang tertinggi) dan untuk Hadiah Saguhati Harian, pemenang boleh memenangi lebih dari SATU (1) kali.

⇛Penting

Untuk menyertai Peraduan ini dan agar berpeluang memenanginya, semua Peserta hendaklah membeli mana-mana jenama REXONA/CLEAR yang bernilai minima RM15 di dalam satu (1) resit pembelian dari mana-mana gedung/pasaraya besar/kedai runcit yang mengambil bahagian layak untuk satu (1) penyertaan.
  • Setiap pembelian minima RM15 (di dalam satu resit pembelian) layak untuk satu (1) penyertaan; manakala setiap nilai resit dalam gandaan RM15 (yang seterusnya) layak untuk satu (1) penyertaan.
  • Sebagai contoh: resit pembelian produk Unilever yang bernilai/berjumlah RM120 (di dalam satu resit) membolehkan peserta layak untuk lapan (8) penyertaan.
  • Setiap pembelian yang bernilai (dalam gandaan) RM15 pada mana-mana produk yang mengambil bahagian akan diberi satu (1) mata. Peserta hanya perlu menghantar satu (1) penyertaan (untuk setiap resit pembelian) sahaja walaupun nilainya lebih dari RM15. Pihak penganjur akan mengambil kira jumlah pembelian oleh setiap peserta.
  • Setiap resit pembelian untuk produk yang mengambil bahagian yang melibatkan perpuluhan sen tidak akan diambil kira.
  • Sebagai contoh: Resit pembelian produk Unilever yang mengambil bahagian yang berharga RM60.30 akan dikira sebagai empat (4) mata sahaja.

Peserta yang mempunyai jumlah mata terkumpul tertinggi bersama dengan jawapan yang betul kepada soalan yang tertera di dalam borang penyertaan/laman sesawang, akan dipilih sebagai Pemenang Keseluruhan/Harian.


Maklumat lanjut, sila ke laman web rasmi peraduan

Yeo's : I Love Malaysia

- Jumaat, 9 September 2016 No Comments
yoes

Salam Pemburu Hadiah sekalian,
Hari ni kami bawakan peraduan dari Yoe's...peraduan ILOVEMalaysia...hadiah sangat best wang tunai bernilai hampir RM50,000 dan banyak lagi hadiah untuk korang menang!! Jom ushar sikit..
Maklumat lanjut sila ke laman web rasmi peraduan

Tempoh Peraduan:

Peraduan ini akan bermula dari 28 Julai 2016 pada 12.01 pagi dan ditutup pada 9 October 2016 pukul 11.59 malam


Cara nak sertai :
yoes

Yoe's


Untuk mengambil bahagian dalam Peraduan ini, Peserta Yang Layak hendaklah mematuhi setiap satu yang berikut:-

    Langkah 1
Beli mana-mana makanan atau minuman Yeogurt, Yeo’s, Justea, SoyRich dan/atau Cintan (“Produk Yeo’s) bernilai RM 5.00 di dalam satu Resit Rasmi. Resit Rasmi kedai mesti dicetak dengan jelas jenama produk Yeo’s dan nilai dicetak dengan jelas yang bertarikh dalam Tempoh Peraduan.
Pembelian berjumlah RM 5.00 di dalam satu Resit Rasmi adalah bersamaan dengan 1 penyertaan peraduan.

    Langkah 2
Sertai Akaun Rasmi WeChat Yeo’s Malaysia dengan mengimbas kod QR pada Produk Yeo’s, Bahan-Bahan POS atau dengan menambah ID WeChat: YeosMalaysia
     
    Langkah 3
Lampirkan foto Resit Rasmi sebagai bukti pembelian. Masukkan nilai pembelian and jumlah bilangan pek/tin/botol yang telah dibeli dan hantarkan melalui Akaun Rasmi WeChat Yeo’s Malaysia. Setiap kuantiti Produk Yeogurt, Yeo’s, Justea, Soyrich atau Cintan perlu diasing dengan jelas mengikut produk kategorinya. Pelampiran foto hendaklah memenuhi kriteria yang berikut:-

        ++Foto hendaklah menunjukkan dengan jelas nilai dan kuantiti pembelian Produk Yeogurt, Yeo’s, Justea, Soyrich atau Cintan dan nombor Resit Rasmi. Resit Rasmi yang berlipat tidak akan diterima.
        ++Foto-foto hendaklah memenuhi standard kualiti visual yang minima. Kejelasan imej yang terjejas oleh pencampuran warna, kekasaran, kekaburan, pendedahan berlebihan, artifak mampatan atau lain-lain degradasi yang jelas kelihatan tidak akan diterima dan akan dibatalkan.

    Langkah 4
 Apabila penyertaan berjaya diterima, Peserta Layak hendaklah menjawab satu soalan mudah. Penganjur mungkin mengubah/menggilirkan soalan-soalan semasa Tempoh Peraduan pada bila-bila masa menurut budi bicara mutlaknya.

    Langkah 5
Simpan foto Resit Rasmi untuk tujuan pengesahan.
Peserta Layak boleh menghantar seberapa banyak penyertaan yang mereka mahu. Jumlah penyertaan yang diterima akan bergantung kepada nilai pembelian Produk Yeo’s yang tercatat pada setiap resit. Setiap pembelian bernilai RM 5.00 di dalam satu Resit Rasmi adalah bersamaan dengan satu penyertaan (contohnya, RM 10.00 = 2 penyertaan peraduan)



Hadiah :
Yoes

Cabutan Mingguan
Hadiah Mingguan
10 x Wang Tunai RM 300.00

Jadual Cabutan Mingguan
Minggu 1 – 28 Julai 2016 to 5 Ogos 2016
Minggu 2 – 6 Ogos 2016 to 12 Ogos 2016
Minggu 3 – 13 Ogos 2016 to 19 Ogos 2016
Minggu 4 – 20 Ogos 2016 to 26 Ogos 2016
Minggu 5 – 27 Ogos 2016 to 2 September 2016
Minggu 6 – 3 September 2016 to 9 September 2016
Minggu 7 – 10 September 2016 to 16 September 2016
Minggu 8 – 17 September 2016 to 23 September 2016
Minggu 9 – 24 September 2016 to 30 September 2016
Minggu 10 – 1 October – 9 October 2016

Cabutan Utama
Hadiah Utama:
1 x Wang Tunai RM 10,000.00 + 1 x Drone (bernilai RM 1,000.00)

Hadiah Pertama:
1 x Wang Tunai RM5,000.00

Hadiah Kedua:
2 x Wang Tunai RM 2,000.00

Hadiah Ketiga:
3 x Wang Tunai RM 1,000.00
Maklumat lanjut sila ke laman web rasmi peraduan



Acer: Peraduan Why Not Win A Mazda Contest

- Khamis, 6 Ogos 2015 No Comments


Durasi: 15 Julai 2015 – 31 September 2015

Hadiah:
  • UTAMA: Mazda 3 2.0 Bernilai RM109,341
  • Kedua: Full HD TV 55" branded (RM 4500)
  • Ke-3: Go-Pro Hero 4 (RM1800)
  • Ke-4: Acer iconia Tab 8 (RM529)

Bagaimana nak sertai?


1. Beli Produk Acer di bawah siri Aspire. COntoh model yang layak adalah Switch 10, Switch 10E dan Switch 12. Ada 5 siri dan model lain lagi yang melayakkan penyertaan anda.

2. Klik sini (atau copy&paste : https://www.facebook.com/AcerMalaysia/app_1612909182330228?ref=page_internal) untuk ke soalan cari perkataan mereka. Cari perkataan Acer, Why Not & Intel

3. Isi borang dan hantar penyertaan atau; poskan jawapan ke alamat:-
Why Not Win A Mazda Program Centre
c/o Apostrophe Marketing Communication Sdn Bhd
36-1, Jln PJU8/ 5B, Bandar Damansara Perdana,
47820 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan,
Malaysia. 

Jawab soalan dengan betul semasa menerima maklumbalas dari penganjur, dan sediakan semua bukti pembelian semasa menebus hadiah anda.


https://www.facebook.com/AcerMalaysia/app_1612909182330228?ref=page_internal.

RHB: Peraduan RHB Gadget Frenzy 2014 Contest ( 26 Dis- 19 Mac 2014 )

- Ahad, 16 Februari 2014 No Comments
Tempoh: 26 Dis- 19 Mac

Jenis Peraduan: Guba servis penganjur (Lakukan transaksi dalam talian) dan layak terima hadiah.

Bagaimana?
  1. Gunakan servis online RHB. Rujuk web RHB
  2. Anda layak menyertai pertandingan ini dan berpeluang memenangi hadiah Telefon Pintar Samsung.
Bilangan Penyertaan bergantung kepada jenis servid RHB yang anda guna. Servis dan entri adalah seperti dibawah:-
 

Setiap transasksi perlulah RM30 dan ke atas. Berita baik buat pendaftar baru, anda layak mendapat 5 hingga 10 entri penyertaan bila mendaftar menggunakan servis online RHB!

Hadiah RHB Gadget Frezy 2014
 
Tip senang menang
3 x pengguna RHB Now dengan mata terkumpul yang tertinggi setiap bulan akan memenangi Hadiah Bulanan. Mata terkumpul merujuk kepada kekerapan transasksi yang anda lakukan. Kerap lakukan transasksi minima RM30 membolehkan anda menjadi juara!

Selamat Menyertai!