Peraduan Semasa

Latest Posts
Browsing Category "menang peraduan"

Yoes: Peraduan Saya Sihat Bersama Yoes

- Rabu, 8 Mac 2017 No Comments
Peraduan Yoes datang lagi dengan hidangan hadiah yang memikat. Peraduan #sayasihat bersama yoes ini berakhir 13 April 2017. cepat2 gais...

Cara nak join :


Langkah 1:

Beli mana-mana makanan (makanan dalam tin, sos, mi) dan/atau minuman Yeo’s, Yeogurt dan/atau Cintan (“Produk Yeo’s) bernilai RM 5.00 di dalam satu Resit Rasmi.

Resit Rasmi kedai mesti dicetak dengan jelas jenama Produk Yeo’s bersama nilai pembelian yang bertarikh dalam Tempoh Peraduan.

Pembelian berjumlah RM 5.00 di dalam satu Resit Rasmi adalah bersamaan dengan 1 penyertaan peraduan.
Langkah 2:

Buka aplikasi WhatsApp anda, muat naik gambar Resit Rasmi kedai dan taip (Nama Penuh,   Nombor Kad Pengenalan & Nombor Resit Rasmi).

Pelampiran foto hendaklah memenuhi kriteria yang berikut:-

  • Gambar hendaklah menunjukkan dengan jelas nama kedai, tarikh, nombor Resit Rasmi, kuantiti dan nilai pembelian Produk Yeo’s. Resit Rasmi yang berlipat tidak akan diterima.
  •  Gambar-gambar hendaklah memenuhi standard kualiti visual yang minima. Kejelasan imej yang terjejas oleh pencampuran warna, kekasaran, kekaburan, pendedahan berlebihan, artifak mampatan atau lain-lain degradasi yang jelas kelihatan tidak akan diterima dan akan dibatalkan.

Langkah 3:

Hantar penyertaan melalui aplikasi WhatsApp ke nombor telefon 012-2124873.

Peserta Layak akan menerima satu mesej melalui WhatsApp dari Penganjur dalam 1 hingga 3 hari bekerja bagi setiap penyertaan yang diterima.
Langkah 4:

Simpan foto Resit Rasmi kedai untuk tujuan pengesahan.

Peserta Layak boleh menghantar seberapa banyak penyertaan yang mereka mahu. Jumlah penyertaan yang diterima akan bergantung kepada jumlah pembelian Produk Yeo’s yang tercatat pada setiap resit. Setiap pembelian bernilai RM 5.00 di dalam satu Resit Rasmi adalah bersamaan dengan satu penyertaan (contohnya, RM 10.00 = 2 penyertaan peraduan)

Hadiah-hadiah yang ditawarkan


Cara nak MENANG!!
Semua pemenang untuk Hadiah Mingguan dan Hadiah Utama akan dipilih melalui sistem rawak komputer. Para pemenang yang terpilih akan dihubungi melalui telefon dan dikehendaki menjawab satu soalan dengan betul sebelum boleh disahkan sebagai pemenang. Sekiranya pemenang yang terpilih tidak dapat dihubungi atau gagal menjawab soalan dengan betul, Penganjur berhak untuk membatalkan kelayakannya. Penganjur  mempunyai budi bicara sepenuhnya dalam menentukan hadiah bagi setiap pemenang. Setiap pemenang berhak mendapat hanya satu hadiah bagi setiap cabutan.

Para pemenang akan menerima yang berikut:-
Cabutan Mingguan

Hadiah Mingguan

 ⇛   5 x Baucar Barangan Sukan RM 250.00

Jadual Cabutan Mingguan

    Minggu 1 – 10 Februari 2017 to 16 Februari 2017
    Minggu 2 – 17 Februari 2017 to 23 Februari 2017
    Minggu 3 – 24 Februari 2017 to 2 Mac 2017
    Minggu 4 – 3 Mac 2017 to 9 Mac 2017
    Minggu 5 – 10 Mac 2017 to 16 Mac 2017
    Minggu 6 – 17 Mac 2017 to 23 Mac 2017
    Minggu 7 – 24 Mac 2017 to 30 Mac 2017
    Minggu 8 – 31 Mac 2017 to 6 April 2017
    Minggu 9 – 7 April 2017 to 13 April 2017

Cabutan Utama

    Hadiah Utama:
    1 x Pakej Percutian ke Australia untuk 2 orang
    Hadiah Kedua:
    1x Pakej Percutian ke Indonesia untuk 2 orang
    Hadiah Ketiga:
    1 x Pakej Percutian ke Thailand untuk 2 orang

Semua penyertaan yang diterima dalam Tempoh Peraduan layak untuk cabutan Hadiah Utama.

Semua penyertaan hendaklah diterima oleh Penganjur melalui aplikasi WhatsApp sepanjang Tempoh Peraduan. Nama para pemenang untuk Cabutan Mingguan dan Cabutan Hadiah Utama akan diumumkan setiap minggu mengikut kaedah yang berikut:-

  ➧  WhatsApp
  ➧  Laman Web Yeo’s Malaysia
  ➧ Akaun Rasmi WeChat Yeo’s Malaysia
  ➧  Akaun Facebook Yeo’s Malaysia

Para pemenang Peraduan akan diberitahu melalui panggilan telefon untuk urusan pengambilan hadiah dan tertakluk kepada yang berikut:-

 ⇾   Semua pemenang hendaklah menunjukkan gambar Resit Rasmi yang telah terpilih sebagai bukti pembelian untuk Peraduan ini, beserta satu salinan Kad Pengenalan bagi tujuan pengesahan semasa pengambilan hadiah. Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan kemenangan penyertaan  tersebut akan dibatalkan.
 ⇾   Semua hadiah hendaklah dituntut dalam masa 30 hari dari tarikh pemberitahuan dari pejabat Penganjur. Hadiah yang tidak dituntut akan ditarik balik selepas tempoh 30 hari.

PERADUAN NESCAFÉ JOM MUZIK!

- Selasa, 28 Februari 2017 No Comments
PERADUAN NESCAFÉ JOM MUZIK!

Salam semua pemburu hadiah..peraduan daripada Nestle datang lagi dan seperti biasa, tawaran hadiah yang sentiasa buat kita tersenyum. Jom kita ushar sikit peraduan NESCAFÉ JOM MUZIK!ini...let's check it out!!

Tempoh Peraduan:
5 Mac - 31 Mac 2017

Langkah-langkah:

1.Beli mana-mana 2x minuman NESCAFÉ UHT / Tin / PET untuk menyertai.
2. Whatsapp gambar muka depan resit pembelian dengan Nama Penuh dan No. MyKad ke 012 2033 711.

Hadiah-Hadiah Mingguan x 4 Minggu

Hadiah Utama x 1 Pemenang setiap minggu:
Pakej Konsert Impian anda bernilai RM10,000!

Hadiah Pertama x 3 Pemenang setiap minggu:
Samsung Home Theatre System

Hadiah Kedua x 5 Pemenang setiap minggu:
Beats by Dr. Dre Headphones

Hadiah Ketiga x 5 Pemenang setiap minggu:
Sony Sound Bar

Peserta-peserta harus menyimpan resit rasmi asal untuk dikemukakan semasa penebusan hadiah-hadiah.

PENTING!!

1Penyertaan Peraduan ini adalah secara digital melalui WhatsApp Messaging [“WAM”] dari sebarang nombor telefon bimbit terdaftar di Malaysia. Peserta dikehendaki menulis butiran nama penuh seperti di MyKad dan nombor MyKad pada hadapan Resit Rasmi, ambil gambar Resit Rasmidan hantar gambar tersebut berikut melalui WAM ke 012-2033711.
Peserta MESTI menyimpan Resit Rasmiasal yang dikemukakan dalam penyertaan untuk pengesahan Pemenang dan penebusan hadiah. Kegagalan untuk menunjukkan Resit Rasmiapabila diminta akan mengakibatkan pembatalan kelayakan dan hadiah.  

2Setiap peserta berhak/layak menghantar lebih daripada satu [1] penyertaan tetapi setiap penyertaan mesti disertakan dengan satu[1] Resit Rasmi unik yang lengkap dengan butiran yang dikehendaki. Penyertaan dengan butiran yang tidak lengkap, tidak boleh dibaca dan/atau tidak tepat dan tidak betul, berulang dan/atau gambar Resit Rasmi tidak jelas akan dibatalkan.  

The Rooster Brings Pure Gold For All! Peraduan terbaru dari Honda

- Selasa, 10 Januari 2017 1 Comment

erazz
Salam semua Pelanggan HONDA!!
Di sini ada berita baik untuk anda semua. Sempena Chinese New Year yang bakal tiba, HONDA Malaysia berbesar hati untuk menawarkan hadiah bernilai RM20,000 kepada para pelanggan nya melalui contest The Rooster Brings Pure Gold For All!

Bagaimana Mahu sertai
Admin kena ingatkan anda sekalian bahawa contest ini HANYA untuk customer Honda sahaja ya..yang kereta Perodua ke Toyota ke, sabar dulu...contest untuk korang bakal menyusul😉😉.
erazz
erazz
Kemudian hantar ke 66688

Hadiah yang bakal anda perolehi adalah:
erazz
Ok, Good Luck pada yang mahu cuba join contest ni..👍👍

Kongsi-kongsi Grand Contest - Nestle

- Isnin, 2 Januari 2017 No Comments
Salam Pemburu Contest Sekalian,

Contest Whatsapp datang lagi. Kali ini dari Nestle pula. Contest ini dinamakan Kongsi-kongsi Grand Contest. Senang sangat nak menang ni!!
Tempoh peraduan : 1 January – 28 Februari 2017

Ke laman web rasmi pertandingan>> http://www.nestle.com.my/brands/contest

Whatsapp dan Menang!

Cara Menyertai pertandingan :
1) Beli mana-mana 1(satu) produk minuman tin Nestle iaitu Nescafe Alegria, Nescafe Ice, MILO, Lemonade, Sjora, Nestea, di mana-mana outlet kedai/premis yang menyertai kempen pertandingan ini dan haruslah belian dalam satu resit.
2) Tangkap gambar resit bersama 1 (satu) minuman tin Nestle sebagai bukti
3) Kemudian hantar bukti pembelian ke 011-12244827 dan mesti disertakan sekali Nama, No IC, Alamat, Alamat E-mail & dan butiran nama cawangan kedai/premis yang menyertai.

Hadiah-hadiah:
Grand Prize: Branded mobile phone x 5 units
1st Prize: Branded tablet device x 10 units
2nd Prize: Dolce Gusto Genio 2 x 30 units
Consolation: RM100 Hypermarket Shopping Voucher x 200 units

↦Penting!!
* Peserta harus datang dengan membawa resit original untuk claim hadiah nanti.
- Jadi, admin nasihatkan pada yang mahu sertai peraduan ni, simpan resit belian elok-elok ye..

Pemenang Grand Contest akan diumumkan pada 20 March 2017 melalui panggilan telepon.

Pemenang-pemenang akan dihubungi melalui panggilan telefon dan email dalam 14 hari bekerja selepas senarai pemenang diumumkan

Tertakluk kepada syarat dan peraturan.

Ke laman web rasmi pertandingan

Taufan Wang Tunai Melanda di Marry Brown

- Khamis, 22 Disember 2016 No Comments

Salam Pemburu Hadiah Sekalian,

Harini, admin nak share satu peraduan yang sangat simple...maunyer tak simple..simple sangat...
Senangnya nak menang! ,  .
👉 Just spend RM25 & keatas
👉 Isi borang & kepilkan sekali resit belian👦
👉 & masukkan dalam peti pos (box dalam Marry Brown bukan dekat pej. pos 😁😁)
Senang je!

Peraduan senang ini dibawakan oleh Marry Brown antara rangkaian makanan segera yang terkenal di Malaysia ni. Peraduan berakhir 8 Januari 2017.

Maklumat lanjut sila ke fb Marry Brown


Hadiah-hadiah
Hadiah Utama x3 – Wang Tunai bernilai RM10,000 untuk setiap pemenang. 
(3 pemenang)

Hadiah Mingguan x18 – Wang Tunai bernilai RM1,000 untuk setiap pemenang. 
(18 pemenang setiap minggu - selama 7 minggu)
 
Hadiah Sagu Hati x300 – Baucar MB bernilai RM100 untuk setiap pemenang. 
(300 pemenang setiap minggu - selama 7 minggu) 

>>>PENTING<<<< 
↠Salinan fotostat borang penyertaan dibenarkan. Peserta boleh menghantar seberapa banyak penyertaan yang diingini dengan syarat setiap penyertaan mesti disertakan dengan bukti pembelian seperti yang dikehendaki.
↠Peraduan ini berakhir pada 8 Januari 2017. Semua penyertaan mesti diterima oleh Penganjur sebelum 11:59 malam pada 8 Januari 2017 untuk melayakkan peserta memenangi Hadiah Utama. Penyertaan yang lewat diterima tidak akan dilayani. Untuk melayakkan peserta memenangi Hadiah Mingguan dan Hadiah Sagu Hati, penyertaan mesti diterima sebelum 11:59 malam pada hari akhir tempoh peraduan. Penyertaan yang diterima selepas 11:59 malam akan dirangkumkan dalam peraduan Mingguan seterusnya. 

Maklumat lanjur sila ke laman fb Marry Brown



 


Nak Beli belah Free di TESCO?

- Rabu, 21 Disember 2016 No Comments
Peraduan-tesco-supermarket-sweep daripada NESTLE
 contest

Salam Pemburu Hadiah Sekalian,
Nak beli belah secara percuma di TESCO? Jom kita tengok peraduan terbaru daripada Nestle ni. Peraduan-tesco-supermarket-sweep.
Peraduan akan diadakan dari 08/12/2016 hingga 01/02/2017

>>>Penting<<<
Untuk menyertai Peraduan, Peserta mesti membeli mana-mana produk NESTLÉ yang turut serta bernilai sekurang-kurangnya Ringgit Malaysia Tiga Puluh Lapan [RM38] KECUALI semua susu formula bayi NESTLÉ dan produk Dolce Gusto, dalam satu resit bercetak dari mana-mana gedung TESCO yang turut serta sepanjang Tempoh Peraduan.
Satu resit bercetak TESCO yang asal mesti menunjukkan produk NESTLÉ turut serta yang dibeli, dengan jumlah pembelian, nama gedung, nombor resit dan tarikh pembelian dinyatakan dengan jelas
pada resit bercetak.

Langkah demi langkah:
Setiap penyertaan Peraduan mesti mengandungi kod penting – NESTLE, diikuti dengan [#],
nombor resit TESCO (nombor 16 angka penuh yang ditunjukkan di bahagian bawah resit TESCO), diikuti dengan [#],
nama penuh, diikuti dengan [#],
nombor kad pengenalan diikuti dengan [#],
jumlah pembelian produk NESTLÉ
[“Butir-Butir Dikehendaki”].
Butir-Butir Dikehendaki mesti ditaip dalam satu [1] baris dan dikemukakan/dihantar melalui WhatsApp ke
016-7476813.
Contoh WhatsApp:
NESTLE#0504601817239603#LEE AH MOY#970101015202#RM41.20

Hadiah-hadiah
👉Hadiah Utama (8X): Setiap Peserta Layak akan “sweep” barangan runcit bernilai sehingga maksimum Ringgit Malaysia Tiga Ribu Lapan Ratus dan Lapan Puluh Lapan [RM3,888] sahaja.

👉Hadiah Saguhati (10X): Setiap Peserta Layak akan “sweep” barangan runcit bernilai sehingga maksimum Ringgit Malaysia Satu Ribu Lapan Ratus dan Lapan Puluh Lapan [RM1,888] sahaja.

Maklumat Lanjut sila ke laman web Rasmi Nestle

Kuasai Kesegaran Dengan Rexona dan CLEAR

- Khamis, 8 Disember 2016 No Comments
R&C

Salam warga peraduanmalaysia,

Hari ni admin nak share peraduan gabungan meletop antara Rexona dan CLEAR iaitu peraduan Kuasai kesegaran dengan Rexona dan CLEAR.
Peraduan Bermula 1 Dec sehingga 30 Dec 2016.

Macam mana nak join?
 

Beli
Pek Rexona / Clear bernilai RM15

Jawab
jawab (2) soalan mudah
1) Adakah Rexona memberikan anda 0% peluh dan kesan (Ya / Tidak)
2) Adakah CLEAR memberikan anda tiada kelemumur dan minyak? (ya / Tidak)

MMS/ Whatsapp
Hantar jawapan yang betul bersama nama, no MyKAD bersama gambar resit pembelian ke 011-2629 2160. Peserta akan mendapat balasan mesej melalui aplikasi WhatsApp dalam tempoh 72 jam (hari bekerja). Jawab YA/TIDAK kepada mesej Notis Privasi yang akan diberikan oleh pihak Penganjur dan sertakan butiran peribadi seperti Nama Penuh, No. Kad Pengenalan, Alamat Penuh dan E-Mel.

HADIAH
Anda berpeluang memenangi hadiah keseluruhan bernilai sehingga RM100,000!!
R&C

HADIAH MINGGUAN & PENEBUSAN
Hadiah Utama Peraduan:
Samsung S7 Edge x 4 pemenang

Hadiah Utama Harian:
Casio G Shock GA110 x 2 pemenang setiap hari (44 pemenang keseluruhan)

Hadiah Kedua Harian:
Ray-Ban Wayfarer x 2 pemenang setiap hari (44 pemenang keseluruhan)

Hadiah Ketiga Harian:
Baucar tunai bernilai RM100 x 6 pemenang setiap hari (136 pemenang keseluruhan)

Hadiah Saguhati Harian:
Hamper Rexona Clear bernilai RM50 x 10 pemenang setiap hari (220 pemenang keseluruhan)

**Setiap Pemenang yang terpilih hanya berhak memenangi satu (1) Hadiah peraduan sahaja (yang mana nilai yang tertinggi) dan untuk Hadiah Saguhati Harian, pemenang boleh memenangi lebih dari SATU (1) kali.

⇛Penting

Untuk menyertai Peraduan ini dan agar berpeluang memenanginya, semua Peserta hendaklah membeli mana-mana jenama REXONA/CLEAR yang bernilai minima RM15 di dalam satu (1) resit pembelian dari mana-mana gedung/pasaraya besar/kedai runcit yang mengambil bahagian layak untuk satu (1) penyertaan.
  • Setiap pembelian minima RM15 (di dalam satu resit pembelian) layak untuk satu (1) penyertaan; manakala setiap nilai resit dalam gandaan RM15 (yang seterusnya) layak untuk satu (1) penyertaan.
  • Sebagai contoh: resit pembelian produk Unilever yang bernilai/berjumlah RM120 (di dalam satu resit) membolehkan peserta layak untuk lapan (8) penyertaan.
  • Setiap pembelian yang bernilai (dalam gandaan) RM15 pada mana-mana produk yang mengambil bahagian akan diberi satu (1) mata. Peserta hanya perlu menghantar satu (1) penyertaan (untuk setiap resit pembelian) sahaja walaupun nilainya lebih dari RM15. Pihak penganjur akan mengambil kira jumlah pembelian oleh setiap peserta.
  • Setiap resit pembelian untuk produk yang mengambil bahagian yang melibatkan perpuluhan sen tidak akan diambil kira.
  • Sebagai contoh: Resit pembelian produk Unilever yang mengambil bahagian yang berharga RM60.30 akan dikira sebagai empat (4) mata sahaja.

Peserta yang mempunyai jumlah mata terkumpul tertinggi bersama dengan jawapan yang betul kepada soalan yang tertera di dalam borang penyertaan/laman sesawang, akan dipilih sebagai Pemenang Keseluruhan/Harian.


Maklumat lanjut, sila ke laman web rasmi peraduan

Meraikan 110 tahun MPH Bookstore

- Selasa, 27 September 2016 No Comments
Salam pemburu hadiah sekalian...
Peraduan datang lagi dengan peraduan daripada MPH Bookstore sempena ulangtahun ke 110 tahun syarikat mereka..gila lama ya...Peraduan berakhir sehingga 31 Disember 2016.
MPH

Peraduan mudah..
1) Pergi ke MPH Bookstore...beli belah disana..minima RM50
2) Isi borang..isi betul-betul, kalau salah disqualified.....
3) Hantar

Pemenang akan dinilai berdasarkan jawapan betul dan minima belanja RM50 ye, jadi silalah google jawapan bagi betoi..jngn ko tibai asal hantar je..rugi yoep...

Hadiah:
Grand Prize: Kereta Suprima S
50 x hadiah bulanan cash voucher untuk dimenangi,,,

Lawati laman web MPH Bookstore untuk maklumat lanjut